Saturday, December 3, 2011

Love

I think i might falling in love with him.

I'm falling..

Falling..

Keep falling again and again..


He's damn cute right! :)

Thursday, August 11, 2011

Konvo!Konvo!Konvo!

Semalam sebelum nak keluar rumah, tiba-tiba terperasan ada envelope lambang UiTM. Hoho. Laju je tangan koyakkan untuk tau apa isinya. Kena update maklumat diri rupa-rupanya. Bagus jugak UiTM buat macam tu. Mungkin ada di kalangan budak-budak yang tak ada bekalan internet kat rumah macam dira ni kan. Mau terlebih outdated la pulak. Sia-sia je kalau tak dapat convo nanti.

Bila dah dapat surat tu, mestilah nak tau jugak bila majlis convonyer kan. Godek punya godek kat website UiTM.. Taraaa~

So, kena book cuti siap-siap sebelum kena marah dengan manager nanti. Sadis je hidup nanti!

NOTED!
26 OCT 2011
31 OCT 2011




Wednesday, August 10, 2011

Testing! testing!

Hihihi.
Intro je terus gelak. Konfem dah masuk air kan..

Wuuu~ Lamanya dah tak mengarang ni. Ketiadaan bekalan internet kat rumah boleh buat jiwa kacau. Btw, rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat menyambut Ramadahan Al-Mubarak kepada korang semua. Puasa jangan tak puasa yer.

Chill!!

Monday, May 9, 2011

Free movie ticket to grab!





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, Nadira melaporkan dari UiTM Shah Alam.
Buat semua penghuni yang tinggal di Bandaraya Melaka dan kawasan berhampiran, anda semua diharapkan bergerak laju-laju sekiranya tidak mahu terlepas peluang untuk menonton wayang PERCUMA sempena pembukaan Aeon Bandaraya Melakaraya.

Antara cerita menarik yang ditawarkan sepanjang 14 hingga 18 Mei ini.


"Gulliver's Travel" (PG 13), "RIO" (3D), "I Am Number Four" (PG13), "The Tourist"(PG13), "Green Hornet" (PG13), "World Invasion: Battle Los Angeles" (PG13),"Beastly" (PG13), "Cun" (Malay), "Hantu Kak Limah" (Malay), "Khurafat" (Malay)(PG13), "Enthiran" (Tamil) (PG13), "Don't Go Breaking My Heart" (Chi), "I love Hong Kong" (Chi) and "Great Day" (Chi).

Untuk keterangan lanjut, kawan-kawan semua bolehlah melayari laman web yang tertera seperti di bawah ini:


p/s: entry ni ditulis laju-laju sebab banyak lagi report tak siap buat tapi nak share jugak dengan korang benda best ni!

Sunday, May 8, 2011

Header baru. Ooohyeah!

Yes!

Dah berjaya remake header yang muni bagi tadi. Weee~

After alter-alter apa yang patot. Taraaa~




Aww! You so sweet!

Berdiri!!!

Assalamualaikum cikgu!!

Eh! Silaaap!

Hehehe. Tiba-tiba teringat zaman muda-mudi kat sekola. Bila ketua kelas jerit, "berdiri!!" semua bergegas balik ke tempat masing-masing. Kehkehkeh! Rindunya kat masa tuh.

Okay-okay. Sebenarnya nak share dengan korang semua ni. Baru-baru ni barulah dira terhegeh-hegeh nak belajar macam mana nak buat header blog yang transparent gitu. Aww!Aaaaaw! Mak terasa kuno tau tengok header anak-anak mak hot gitu. Tengok header sendiri, alamak ai, sodih den tengok. Godek-godek, selebet-lebet. Berjayalah buat sendiri. Guna photoshop noh! Terer tak terer! Tapi tak ada gambar sendiri yang sesuai!

Ni lah hasilnyer..

Pastu godek-godek lagi. Konon-konon rasa inilah gambar yang paling sesuai.
Ni lah hasilnya..

Awww!Awww! Paling sweet sekali cik murni denagn baik hatinya dah buatkan satu header baru untuk dira. Oooh! Terharunya saya. Sooob! Sooobb!

Okay! Lagi chantek dari ape yang dira dah buat. Oooh! -__-"

Btw, thanks muni!
Love you soo much lah!



Friday, May 6, 2011

New Twitter Look

Assalamualaikum..

Hi! Hi! Hi!

As the penganggur terhormat sekarang, kunun-kunun banyaklah masa dira nak duk tercongok kat depan lappy. Tiba-tiba rase outdated giler since my twitter background is sooo plain. Pas godek-godek, selebet-lebet apa yang patut, yes!! Finally berjaya jugak dira menukar background twitter dengan berjayanya. Walau tak sekreatif mana, tapi dira tetap berpuas hati dengan hasil kerja sendiri.




Pappap! *Tepuk bahu sendiri*

Okay-okay. Lets check it out kawan-kawan!

Di sini, dira nak share dengan koranglah macam mana nak tukar background untuk twitter ni.


Mula-mula sekali, carilah gambar-bambar yang berkenan di hati.
Kemudian, save kat lappy korang.
Pergi ke Twitter.com dan login.
Klik pada 'settings', 'design', 'change background image'
Upload gambar yang korang dah pilih tadi.
Check the box 'tile background. Kilk 'save changes'.
Klik pada 'change design colors'.
Pilih warna baru yang sesuai dengan background aka gambar yang telah korang pilih tadi.
Step paling penting! Jangan lupa klik 'save changes'' ya kawan-kawan.


Selamat mencuba :)

Thursday, May 5, 2011

Freeeeeedoom is awesome!






Just finished my last paper for my degree course!

Alhamdulillah.

After spending four years, gone through all the pains, burnt the night to do the assignments, projects and melghra as well, now Im very closed to get my degree certificate.

Im gonna miss all the memories and my dearest friends!

Ooh! Ooooh!
Design project still waiting ahead!

Till we meet again!

Saturday, April 2, 2011

TAZKIRAH 1 MINIT!

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.





Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al-qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

p/s: jom kongsi dengan kawan-kawan.

Tuesday, March 22, 2011

Kek Aiskrim Konkrit

Hi gojes dan hensems..

Lama dah tak hangout dengan mereka-mereka ni. Angkara banyak giler assignments dengan DP yang tak siap-siap tu, jadi jaranglah untuk keluar berfoya-foya. As the date is set by Cik Nabilah Hisham, semua yang hadir memang membawa perut yang berkeroncong ala bunyi kriuk-kriuk bawang Mi Sedap.

Taraa~
Hasil tangan cik Nabilah Hisham.The "KEK AISKRIM KONKRIT" It tastes so good. Bak kata mereka-mereka yang lain, "Dah boleh kahwin ni".. And her reaction-hanya tersipu-sipu malu! Hahah. Gaya-gaya wanita melayu terakhir dowh kawan aku sorang ni! :P

Kegirangan menikmati makanan free.

Sebelum berangkat pergi dinner, sempat lagi kitorang ambil gambar lagi.

p/s: terima kasih bella for the cruchy, supercreamy icecream oreo cake :)



Sunday, March 6, 2011

go, go-kart!

Hello gojess and hensems.. lamanyer dah tak jenguk belog sayang ni.. Okay-okay. Straight to the point. Mau cakap pasal go-kart. Korang penah main go-kart? Sebenarnya, ini adalah kali pertama dira pegang stereng go-kart tu. Tak berani sangat sebenarnya.

Tapi disebabkan telah diajak oleh cik linda, my roomie.. jadik buat-buat beranilah pergi bawak go-kart tu. The best part is MAIN FREE okay~

Muka gembira dapat main 12 laps FREE!

Event ni sempena 3 tahun pentadbiran Selangor ajuran MSN *ketepikan isu politik* Disebabkan event ni open competition, jadik campur laki-pompuan, konfem-konfemlah top 15 dibolot sume oleh makhluk-makhluk gagah perkasa tu.

Seronok sangat-sangat. Boleh bawak laju-laju. Bila tibe selekoh tajam, ape lagi jerit kuat-kuatlah. Bukan ade orang perasan pun kan. Hehe. :P

Kalau korang nak datang main go-kart kat Extreme Park area Stadium Melawati ni, rate die RM35 per 10 minit. Kalau 30 minit RM50 rasanyer. Korang should cubalah once in a lifetime. Kalau banyak kali, mesti lagi seronot!! Dira yang baru first time main pun dah rasa sangat-sangat seronok. Boleh release our stress taw.

Kena pakai helmet dulu sebelum pergi racing.

Ngenggg..nggennnngggg..

This is Syukri Shahabuddin, a friend of mine. Oh! You make our FKK proud dude! Even first time main, dapat top 7 of out 60 contestants. Siap dapat meddle ngan hamper tuh. Hebatlah lu macha! Pheewit-pheewit! *tumpang kembang hidung kejap*
With my roomie, cik linda. Thankiu sebab ajak kitorang.

Wajah-wajah kegembiraan si pemenang dan penyokong setia.

p/s: dah lama tak update, skill tulih karangan dah makin out -_-"



Saturday, February 19, 2011

Pretty Girls Rock!

Hellooo.. Helloo.. Helloooo..

Okaylah. Kali ni nak cerita pasal Pretty Girls Rock!
Wahh! Wahh! Waahh!!

Siapakah gadis-gadis chantek ni?

Haha! Thats too obvious nak promote teammates sendiri okay! Nama team kitorang adalah "Pretty Girls Rock!". Meh cheq nak habaq mai kat hangpa semua, gadis-gadis di atas ni dengan hangatnya telah bermain berhempas-pulas masa CHeC 2011 yang lepas dalam acara futsal. Mungkin dah tersurat dah memang rezeki kitorang dapat tempat PERTAMA!!

Pada awalnya, kitorang ingat dah disqualified masa liga lagi dah! Kitorang dapat masuk semi final pun sebab kiraan mata. (sendiri pun tak paham) Mata terkumpul kitorang sama dengan sifar!!! Menang 1, kalah 1, seri 1.

Mula-mula memang aim nak dapat nombor tiga lah. So, boleh kerek dekat junior yang part 8 conquer semua tempat 1, 2 dan 3. *Haha! Buruk betul perangai!* Tak terlintas langsung kat dalam fikiran masing-masing yang kitorang akan layak masuk final. Alhamdulillah. Mungkin dah rezeki kan.

Bersaing sengit dengan rakan satu batch untuk merebut title juara futsal perempuan CHeC 2011!

Posing pretty girls!

Masa CHeC 2011, ada jugak sukaneka dipertandingkan. Masa tu, mungkin kitorang tengah main untuk final futsal. Ramai pensyarah yang turun memberikan sokongan. Sporting habislah diorang sebab turut serta dalam acara sukaneka tempoh hari. :D

Lepas penat bermain, konfem-konfemlah bershopping sakan guna kupon RM12.50 tuh!

p/s: Tak sabar nak bercuti sakan di Cherating besok! Cherating here I come babeh!



Tuesday, February 15, 2011

CHeC 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan..

Okay! Lama sudah dira tak jenguk belog sayang ni. Busy sikit dengan design project yang tak abes-abes ni. Dalam sibuk-sibuk tu, sempat jugaklah dira join satu event fakulti ni. Chemical Engineering Challenge (CHeC 2011). Terasa nak bersokan sebelum mengakhiri kehidupan sebagai seorang pelajar. Nanti dah ada anak bolehlah nak cerita kat mereka-mereka kan. Teeeettt!! Dah terkeluar tajuk.

Untuk CHeC kali ni, dira join netball. Pada mulanya, kitorang hantar wakil daripada kelas kitorang. Tapi disebabkan cuti yang terlalu panjang, ramailah yang tarik diri di saat akhir. Nasib baik ada satu lagi team part 8, jadik kitorang pinjam sekejap player diorang.

Masa ni kitorang lawan dengan team yang kitorang pinjam player diorang. Kasi can kat diorang menanglah. Diorang dah banyak berbakti pada pasukan kitorang :P

Okay, for the next day, dira dengan Saiful kena incharge on aerobic part! Haha! Korang nak tau? Pukul4 pagi Ahad, barulah siap compose lagu dan reka steps untuk aerobic yang patut bermula pada pukul9 pagi hari yang sama. Memang kerja gila!

Paling depan, baju kaler biru adalah saye! *segan dengan ketinggian diri sendiri*

Dira perasan yang ramai jugak yang tak dapat catch up steps dira buat. Im really sorry. Tempo terlalu laju and aerobic steps terlalu sekejap. *Sedih sekejap*

Dira masuk maraton jugak hari tu! Dapat nombor 16 out from berpuluh-puluh orang! Oh! Terasa diriku ini sudah sangat tua dan kurang berstamina. Baru lari sikit dah tercungap-cungap. -__-"

Part paling best CheC ni, kitorang akan diberikan sebanyak kupon bernilai RM12.50 setiap seorang dan kitorang bebas memilih pelbagai jenis makanan yang dijual sepanjang hari kejohanan. Syok beb! Tak tipu. Siapa tak suka free stuffs kan?

To be continued...

p/s: pretty girl rock awesome will coming soon!



Wednesday, February 9, 2011

MIBC! Here I Come!

Assalamualaikum kawan-kawan.

MIBC? Apakah itu? Tapi untuk warganegeri Melaka konfem lah tau kan ape MIBC stands for. Mula-mula, masa dira dapat tau pasal MIBC tu pun dira ingat "oh, typo kot mamat ni"..

Mati-matilah dira ingatkan MIBC tu adalah MITC=Melaka International Trade Center. Ceh! Rupa-rupanya MIBC tu memang wujud kat MITC. Memang kasi konfius sekejap..

Actuallynya MIBC is stands for Melaka International Bowling Center. Haha. Tataulah bila ntah siap bina ni. Berapa kurun dah tak turun Melaka. Mau sekor-sekor terkesima masa sampai kat MIBC ni. Buat peminat bowling, korang bolehlah try main kat sini.

Gaya mesti macam pro walaupun hakikatnya sudah pasti tidak! Asal menang gaya, walaupun score cam hampas kepala yang tidak berguna lagi melainkan boleh kasi makan kepada ayam-ayam di belakang rumah Pak Sameon.

Okay.. persamaan kedua-dua gambar di atas adalah dira berlakon pura-pura comel. Oh nak muntah kejap!

Oh ya! Yang sebelah dira ni dah bertunang tau. Bulan tiga ni cik Leedya Syariza kita ni bakal melangsungkan perkahwinan beliau. Yang lagi empat orang tu masih lagi available. Dari kanan: cik Diana, cik Nathirah, cik Farhana dan cik Khairunnisa.

Part paling penting bila dah gather ramai-ramai adalah sudah pastinya bergambar puas-puas berjemaah. Haha. Kami semua memang camerawhore. Jadi harap maaflah ya.

p/s: Psstt..Psssttt..Kalau rasa-rasa berkenaan cecepat kontek dira tau. Nanti dira boleh tol0ng arrangekan :P



Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Jom join korang..

PROJEK
GEGAR 1,000 BLOG !!

OLEH:

BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA
SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA
BAGAIMANA ??




Contest Me&Animal

Assalamualaikum kawan2.
Pergh! Lama dah tak join contest2 ni.
Tapi disebabkan telah ditag oleh cik Sandra Diana.. Layankan aje!

Contest kali ni berbunyi Me & Animal.

1. First of all, letak banner tuan punya contest itu.


2. Selepas itu, silalah menjadi kipas-susah-mati kepada tuan punya contest dan tidak lupa juga kepada tuan penaja hadiah tempat kedua.

3. Step paling penting! Sertakan gambar kita bersama sebarang jenis haiwan.

4. Kemudian, ceritakanlah sikit pasal haiwan kat atas tu.

Ermm.. gambar ni diambil tahun lepas. Masa tu pergi memancing kat satu tasik dekat-dekat area Durian Tunggal tak silap. Jangan tak percaya yang dira berjaya pancing seekor anak ikan toman(yang paling besar dalam jaring tu taw). Mau menggegel kepala lutut masa kena sentap dengan anak ikan tu. Tapi bila dah berjaya bawa naik darat, terus ambil gambar tak nak kalah. Ngeheh!

5. Silalah mengetag kawan-kawan blogger seorang perempuan dan seorang lelaki.

6. Yang terakhirnya, jangan lupa post link entry ni kat tuan empunya contest itu.

Sekian.

p/s: tuan empunya contest, rase2 ada can tak saye boleh menang ini contest? :P



Saturday, February 5, 2011

Cerita Broga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan..

Hehe. Baru nak update pasal naik Broga tempoh hari tu. Punyalah lama kepam cerita. Sambil-sambil tu sempat lagi menonton SNSD kat 8tv ni. Huhu~

Okaylah.. dira nak share dengan korang antara gambar-gambar yang sempat dira ambil tempoh hari. Nak naik Broga ni tak adalah penat sangat sebenar.

Tipulah kalau korang yang sihat walafiat tak mampu nak tawan Broga tu. Bukan apa, masa dira naik hari tu sebenarnya dira tengah demam tau korang. Betapa gigihnya dira pergi jugak sebab dah janji dengan kawan-kawan nak join sekali.

Janji korang janganlah lupa bawak bekal air dan makanan. Yela. Nanti dah sampai puncak tu, bukannya ada warung Pak Samad atau cendol Pak Akub. Jadi sediakanlah payung sebelum hujan ya kawan-kawan. :)

Oh! The best part---> kitorang masuk paper Utusan bertarikh 17 Januari 2011 yang lepas pasal ekspedisi kitorang tawan Broga ni. Serius dira tak tipu!

Tarraa~

Puteri Bukit Broga Ditemui!


Okay! Ini tipu sangat! :P

Ni baru gambar yang betul. Hehe.


Dira yang cenonet kat depan tu. Gambar kat sini baru ade gaya-gaya orang demam kan :P

Picture kredit dari belog Farah.

p/s: Beriadah baik untuk kesihatan. Even kanak-kanak kecil pun mampu tawan Broga Hill. Tak kan kita yang dewasa ni tak rasa tercabar kan!