Thursday, August 11, 2011

Konvo!Konvo!Konvo!

Semalam sebelum nak keluar rumah, tiba-tiba terperasan ada envelope lambang UiTM. Hoho. Laju je tangan koyakkan untuk tau apa isinya. Kena update maklumat diri rupa-rupanya. Bagus jugak UiTM buat macam tu. Mungkin ada di kalangan budak-budak yang tak ada bekalan internet kat rumah macam dira ni kan. Mau terlebih outdated la pulak. Sia-sia je kalau tak dapat convo nanti.

Bila dah dapat surat tu, mestilah nak tau jugak bila majlis convonyer kan. Godek punya godek kat website UiTM.. Taraaa~

So, kena book cuti siap-siap sebelum kena marah dengan manager nanti. Sadis je hidup nanti!

NOTED!
26 OCT 2011
31 OCT 2011