Salam sayang buat semua...
Nak citer kat korang ni.. Minggu lepas, mak busu saye telah menamatkan zaman anak dara beliaw . Akhirnya, cinta yang telah disulam bersama sang jejaka idaman hati sejak zaman kanak-kanak ribena telah terpateri dengan ikatan yang sah. Alhamdulillah~~ Buat pengetahuan korg, saye ni sbenarnyer nga duk practical training.. Of coz laa, keja office hour monday to friday, 8am-5pm kan?
Haha. Nak dijadikan crita, disebabkan majlis nikah si mak busu petang jumaat tu, dengan sesedap durian jer saye balik umah pagi kamis tu. Dah macam keja kat pejabat bapak snirik plak. Dah la cau cincau macam tu jer. Tak de laa plak ngan bgtaw supervisor ke ape. Just bgtaw kawan2 yang baik hati supaya memunchkan card kuning saye. Heheh.
Pastu, sempat plak duk ronda2 kat MP b4 balik umah tu. Wah!! Melaka dah maju woo.. Mau tercabut rahang saye tengok banyak gle bangunan yang nga dibina kat area2 MP. Dah trasa macam tourist la plak kan. Bangunan mencanak di sana sini. Siyes dah sangat berbeda. Teringat zaman sekolah kat Telok Mas dlu, duk fly g MP. Haha. Zaman 6 Jahanam. Eh? Terkluar siap masuk longkang la plak dari topik saye tadi.
Sampai2 umah, stret dapat tugas woo! Saye kena jadik made of honor beliaw pada waktu nikah dan bersanding malam jumaat tu. Mau terkojut den dibueknyor. Layankan jelaa. Sabtu plak, awal2 dah kna cop jadik waitress kat khemah pengantin. Dari preparation sampai la nak menghidang tetamu saye kna incharge ngan si adik yang telah lari nak attend die punya reunion. Sabaw jela kan. Nasib baik adik-adik sepupu yang lain masih sudi membantu.. Thanx korang!
Emm.. Walau apa pun rintangan yang datang, berkat kerjasama semua ahli keluarga alhamdulillah majlis tersebut selamat dijalankan dengan jayanya. . Si pengantin nampak sangat berseri-seri lain dari biasa pada hari tu. Disebabkan kekepohan yang dah sebati ngan jiwa dan mulut yang xpenah reti2 nak berhenti nak bertanya itu ini, akhirnya saye dpt taw ape rahsia si mak busu pada hari tu. Kena makan sehelai daun sireh! Eeeeuuuww~ bukan saaaangat pahit ker?
Tengoklah gambar kat atas ni. Walaupun saye dah beria berposing sakan, si pengantin still nampak lagi outstanding kan? Nampak gaya, pasni hari2 kna telan daun sireh tu kot? T_T
The preparation and the pelamin
Antara wajah-wajah manusia yang telah menyumbang keringat untuk menjayakan majlis tersebut.
Okey. Pantun 3 ketul ni saye tuju khas buat si mak busu.
Selamat pengantin baru,
Semoga kekal berbahagia;
Selamat berbulan madu,
Semoga cepat bertiga.
Tata!
0 orang joyah:
Post a Comment