Sunday, July 4, 2010

Terima kasih tuan rumah no 15 :D

Salam sayang..

Kali ni entry ni ditulis ngan keadaan mood saye yang sangat gembire. Perut dah penuh, kenyang sambil boleyh menyanyi ooh lalaaa~ Hehe. Tadi perut saye dah siap berdondang sayang woo.. Lapar sesangat ditambah lagi aroma makanan yang sedap mencucuk-cucuk bagai lembu dicucuk hidung. Makin rancak la irama dondang sayang dalam perut ni. Siap dah ada rhythm hiphop + rapping lagi. Elok2 jer lauk sedap parking depan rumah. Sape jer yang tak akan tergoda kan?..


Dengan muka ketebalan sepuluh inci, saye pun tanpa segan dan silunya telah mengajak cik rumet, si linda untuk pergi bersantap kat sana. Sebenarnyer pagi2 tadi saye ada terserempak ngan pak cik jiran dan beliaw telah mengajak warga penghuni rumah no 18 untuk pergi ke majlis perkahwinan anaknye. Mule2 kunun cam segan jer nak pergi kan. Yelaa.. Jiran depan rumah pun tak kenal. Apatah lagi saye ni sekadar penghuni tumpangan. Namun begitu, pabila aroma lauk-pauk beserta nasi yang menusuk-nusuk tak dapat saye tahan kaki saye ni daripada melangkah keluar rumah untuk pergi bersantap.

Cik Linda yang gembira melihat hasil tangkapan beliaw. =P

Haha. Dalam segan2 kitorang penuh gak pinggan sekor2 duk ambil nasi dan lauk-pauk yang sedia terhidang. Macam2 juadah yang disediakan. Ada daging masak lada hitam, kerabu mangga, ayam goreng, dalca n so forth la. Tak larat nak list kat sini. Dessert lagi. Tapi kitorang tak sempat nak rembat cendol. Mase kitorang dah bes makan, pihak catering baru je nak hidangkan. Tak pela. Nanti kite g makan kat cendul Pak Akub je cik Linda. Hehe. Jimat duet hari ini. Makan lunch free kan. Sape yang tak suke. *wink*

Pas dah kenyang2 tu, kitorang duk rehat2 jap. Pas zohor, gerak g office Teratai untuk pendaftaran kolej. Pas dah kemas2 bilik baru, maen mop2 lantai, lap2 almari, meja , rak buku dan katil.. Tengok2 je jam dah menunjukkan hampir pukul 5. Saye pun bergegas gerak balik ke rumah tumpangan. Sampai2 rumah, alangkah terkejutnya saye pabila saye tengok kat pintu gril rumah tergantung lauk-pauk beserta nasi dari rumah kenduri. Nampaknyer dinner pun makan free lagi. YEAH~ \(^v^)/

I heart weedding. Hehe. (makan sampai licin tuu..)

Muke bahagia bile dah kenyang. ^^

Pantun khas buat pengantin baru rumah no 15:

Gadis Melayu langkahnya sopan,
Diusik sang jejaka tersipu malu;
Selamat pengantin baru saye ucapkan,
Semoga berbahagia kekal bersatu.

Tata!

4 orang joyah:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

waahhh~ licin pinggan dia mkan.. alhamdulillah.. rezki datang bergolek.. ^__^

murnimahyum said...

makcik,
cantik bju...

eLQirani BizZ said...

Salam, hi!
im elqirani,
thanks coz berminat nak tau lebih lanjut pasal kami,
untuk tau lebih lanjut bout how ereload elqirani berfungsi, u can contact me - elqiranibizz@gmail.com or 013-7319834

Gudluck! =)

Nadira Nasarauddin said...

aisumi: hehe. btol2. plus lauk2 tu sedap kan. tu yang kasi licin tu.
muni: chantek kan bajuku pakai tu.
elqirani: baeklah!