Tuesday, January 11, 2011

makan mewah!


Salam nyum2 satu Malaysia!
Hari ini rancangan Nadira Prok-prek bersiaran terus dari restoran McDonald Seksyen 3, Shah Alam. Bersama saye di restoran adalah artis jemputan kita, cik Nayd Azwir and puan (?), eh silap! cik Aisyah Kama.

Pemakan gelojoh satu: cik Nayd Azwir

Pemakan gelojoh dua: Cik Aisyah Kama

Cik reporter Bling-bling bersama artis undangan minggu ini ;P

Nyum-nyum!

Haha! Sila abaikan foto-foto di atas dan tumpu perhatian di sini sekarang! Nak dijadikan ceritalah kan.. Tak tau lah kenapa malam ni tiba-tiba saja saye ngan Nayd jadik super-duper clumsy!

Masa kat kaunter, dengan secara tak sengaja anak pak cik Azwir ni duk tertumpahkan kentang kerinting-kerinting tu. Pastu, saye pulak telah terjatuhkan burger Mc Chicken kepunyaan si Aisyah masa tergopoh-gapah semata-mata nak rebut seat kosong! *Okay! Perangai memang sangat tidak senonoh di situ. Sila jangan sekali-kali melakukan aksi ini di rumah mahupun di luar rumah*

Nak tau apa terjadi kat tempat kejadian??


Kami pulang dengan hampa sebab food dah jatuh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eheee~ Tipu jelah!


Dengan segeranya, kentang kerinting-kerinting dan burger tergolek-golek tu diganti lain oleh abang yang kerja kat McD tu! Abang memang hensemlah! Lupa nak cakap kat manager supaya kasi tambah gaji kat abang! :P

Wooow! Giler superb servis kat sini! Terharu seyh.. Even ramai gilak waa cakap lu orang kat McD tadi, tapi dorang masih mengekalkan sistem 'customer always comes first'!


Waa salute you babeh! *Mata bling-bling*

Nota kaki: Tak tau kejadah apakah yang berlaku tadi kat McD Sec3. Siap ada orang karoke tangkap leleh kat depan tuh. Lagi ada kanopi bagai. Kenduri kahwinkah di McD? Idea baru ni..




2 orang joyah:

Unknown said...

customer comes first,,,

Nadira Nasarauddin said...

yezza! we always BETUL!!