Saturday, January 29, 2011

Alhamdulillah.. :D

Assalamualaikum..

Haloo..halooo...

Dira dah sampai rumah dengan selamatnya dalam lebih kurang pukul 9.30 malam tadi.

Haaa~
Nak share dengan koranglah!
Tadi kan dira naek train EPS.. Alaa~ train ekspress Ipoh-Seremban tuh. Agak jakun jugaklah dira tadi. Ade tv woo kat dalam tuh. Sanggup dira cecepat berlari nak cop tempat duduk betul-betul depan tv *perangai memang tak senonoh!*

Servis tiptop waa cakap sama lu! Speed train made in Korea ni boleh mencecah sampai 111km/hour. Lajukan? Dira naek train ni dari stesen Kuala Lumpur sampailah ke Seremban. Dalam sejam sampailah.

Okaay..okay.. jom layan gambar yang sempat dira ambil tadi.

Muka sejurus selepas bangun dari tidur dengan seronoknya tatkala menikmati angin ekon yang nyaman :)

Tv yang digembar-gemburkan tadi. *tolonglah kagum pliss*

And also ada tempat nak letak barang aka food or whateverlah kan dekat each of seat yang tersedia..

p/s: dira akan tunaikan janji dalam masa beberapa hari lagi. besok dira ade ngedate kat MIBC. siapa-siapa nak ikut jom! :)



Friday, January 28, 2011

*Cuti Mode*

Assalamualaikum~

Haloo..halooo kawan-kawan..
Rindu dira tak?? *haha!gedik giler kan :P*
Lama sudah tak mengupdate ini belog.

Alhamdulilah demam, batuk dah berkurang dan beransur pulih. Yeaah~ Sekejap lagi dira nak balik rumah ni. Nanti bolehlah dira bercerita kat korang banyak-banyak ya. Doakan dira sampai rumah dengan selamatnya ya!

p/s: Gonna rindu kamu semua...



Monday, January 24, 2011

Tak rajinlah..

Haluuu kawan-kawan..
Ermmmm....Pusing kiri.pusing kanan.
Tak ada idea nak tulis ap-apa.
Demam, batuk dengan selesema buatkan saye tak ada mood nak mengarang.

Dalam demam-demam ni, sempat jugaklah saye tawan Broga Hill dan Times Square. Ehee~
Okaylah. Nanti update cerita ya.

p/s: Doakan saye cecepat sembuh ya! :)

Thursday, January 13, 2011

pulangkan!

Jom layan cerita belah petang pulak~

Meeting ngan supervisor. Apa lagi, nak bincang pasal design project 2. Adeh! Bila start fikir pasal DP je, stret saja rasa berdenyut-denyut kepala ni.
*alasan*

Kitorang punya supervisor ni memang supreb lah! Siap bagi contoh senior untuk kira-kira equipment yang terlibat. Thank you puan!

Then, kaki pun melangkah ke library. Semangat berkobar-kobar nak pinjam buku ni.

Gadis hangat hari ini: Cik Syaidatul dan Cik Zurina.
*sangat kiut kan*

Howt stuff!

Last-last student card kena bar! Tak boleh nak pinjam buku!!
:
:
:
:

Nak taw kenapa?


Sebabnya tak bayar denda RM15.80 okay!
Boleh belanja 2 hari makan tuh! -__-"

Ntah kurun bila punya buku hantar lambat ni. Rasa-rasa sem lepas tak pinjam buku langsung. Nak tak nak gegel-gegel tangan ketaq lutut keluarkan duet bayar duet denda tuh.

Soooooooobbs. T_______T

Okaaay! Tulisan cakar-ayam-tak-rela-bayar.

Nota kaki: Sila jangan kepam buku library bawah bantal anda!



Wednesday, January 12, 2011

tipah tertipu bang!

Salam sejahtera.

Bengang! Bengang! Cik Bling-bling tertipu hari ni! Hari ni bukan kemain awal lagi bersiap nak pergi ke Dewan Annexe sebab kunun-kunun ada talk kat situ. Sangguplah beratus-ratus anak tangga didaki dengan gagah untuk sampai ke dewan yang terletak kat atas bukit tu. Terasa makin to***ek jugaklah. Huhahahahaha!

Sampai-sampai terus jelah daftar. Katanya dapat goody bag dan juga kupon makan tengahari. Tawaran makan free konfem-konfemlah tak akan dilepaskan.

Tapi kan! Cesdel betul punya management. Boleh dorang kata goody bag hanya disediakan untuk 100 pelajar terawal! Ceh! Tipah tertipu bang. Kat notis tak ada pun. Siap wajibkan kehadiran pelajar tahun akhir. Erm... Nasib baik tak bertukar jadi hijau tadi.

Okay.. okay lah. Jangan layan si emo ni. Meh layan pictures sepanjang talk yang dah berlangsung sebentar tadi. Banyak info yang bagus-bagus telah dilontarkan oleh speaker, Prof Ku Halim. Talk ni banyak membicarakan pasal penanaman gaharu dan cara yang efektif untuk mendapatkan hasil yang optimum. Boleh kaya woo kalau usahakan gaharu secara komersial!! $___$

Main character of the day.

Sesi perasmian momerandum UiTM bersama satu *nama-kilang-tak-ingat*

Muka segar-bugar sebelum talk bermula!

Ada yang berminat? Boleh isi borang ya!

Nota kaki: Gadis-gadis howt ni sentiasa terhangat di pasaran. Kalau berminat kena siap borang cepat-cepat taw!



Tuesday, January 11, 2011

makan mewah!


Salam nyum2 satu Malaysia!
Hari ini rancangan Nadira Prok-prek bersiaran terus dari restoran McDonald Seksyen 3, Shah Alam. Bersama saye di restoran adalah artis jemputan kita, cik Nayd Azwir and puan (?), eh silap! cik Aisyah Kama.

Pemakan gelojoh satu: cik Nayd Azwir

Pemakan gelojoh dua: Cik Aisyah Kama

Cik reporter Bling-bling bersama artis undangan minggu ini ;P

Nyum-nyum!

Haha! Sila abaikan foto-foto di atas dan tumpu perhatian di sini sekarang! Nak dijadikan ceritalah kan.. Tak tau lah kenapa malam ni tiba-tiba saja saye ngan Nayd jadik super-duper clumsy!

Masa kat kaunter, dengan secara tak sengaja anak pak cik Azwir ni duk tertumpahkan kentang kerinting-kerinting tu. Pastu, saye pulak telah terjatuhkan burger Mc Chicken kepunyaan si Aisyah masa tergopoh-gapah semata-mata nak rebut seat kosong! *Okay! Perangai memang sangat tidak senonoh di situ. Sila jangan sekali-kali melakukan aksi ini di rumah mahupun di luar rumah*

Nak tau apa terjadi kat tempat kejadian??


Kami pulang dengan hampa sebab food dah jatuh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eheee~ Tipu jelah!


Dengan segeranya, kentang kerinting-kerinting dan burger tergolek-golek tu diganti lain oleh abang yang kerja kat McD tu! Abang memang hensemlah! Lupa nak cakap kat manager supaya kasi tambah gaji kat abang! :P

Wooow! Giler superb servis kat sini! Terharu seyh.. Even ramai gilak waa cakap lu orang kat McD tadi, tapi dorang masih mengekalkan sistem 'customer always comes first'!


Waa salute you babeh! *Mata bling-bling*

Nota kaki: Tak tau kejadah apakah yang berlaku tadi kat McD Sec3. Siap ada orang karoke tangkap leleh kat depan tuh. Lagi ada kanopi bagai. Kenduri kahwinkah di McD? Idea baru ni..




Friday, January 7, 2011

Applause!.

Waaaah!!!

Tiba-tiba rasa cam kagum dengan diri sendiri tadi.. Jogging kat stadium UiTM dengan cik aisyah kama tadi sambil mencuci mata melihat abang-abang tough (?) bermain bola sepak di petang hari. *pergh panjang giler ayat!*

Applause! Applause!!!!

Macam manalah boleh tak sedar dah lari sampai tiga round. Mulut dua-dua joyah ni tak berhenti-henti duk berprok-prek! Topik howt kot!!! Siapa lagi kalau bukan pasal

KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN CIK JEJARI RUNCING..

*Pose lepas berjaya berjogging tiga pusingan!*

Haha! Kalau cerita kat roomate ni konfem beliaw akan ternganga dengan luasnya. Siap boleh masuk lalat mungkin! Mana taknya, setiap kali beliaw ajak jogging otomatiknya saye tiba-tiba diserang penyakit lenguh-lenguh kaki lah, badan tak sedap lah, asemen kena hantar besok lah.. Huhuu~

Nota kaki: Lepas ni kena rajin-rajinkan diri berjogging untuk memantapkan stamina. Tak lama lagi ada Chemical Engineering Challenge (CHeC 11).. Majulah sokan untuk FKK!



Thursday, January 6, 2011

adeh -__-"

Salam guys!

Huhu~ Tajuk hari ni memang tak boleh bla!
Walaupun belum sampai seminggu sem baru bermula, saye dah membelanjakan lebih daripada rm100! Ni semua sebab penangan ada sales kat Dataran Cendekia tu. Oh man! Ada gak yang kena ikat perut sementara nak tunggu duit pinjaman masuk nanti. T____T

Memang rambang mata lah bila lalu kat tepi tu. Rasa cam nak amik kain tutup mata ni dan jalan pakai tongkat ala-ala apek dalam cerita Ali Baba tuh. "Lompat apek lompat!"

Wooo! Memang tak boleh berkelip mata tengok selendang chantek-chantek jual kat sana.

*Haha! Kantoi katil tak bape nak tegang.*

Hasil tangkapan 2 hari. Tudung instant tu sebenarnya bukan untuk diri sendiri pun. Saye belikan untuk mama sempena birthday beliau yang ke-50. Jubli Perak tuh!

Hehe! Yang ni pulak hasil tangkapan selama setahun ni. Hanger tuh je baru beli tadi. Hah! Tipu giler lah kalau saye tak beli pape untuk diri sendiri kan. Tadi sempat jugak rembat satu selendang kaler coklat. Ehe~

Emm.. Satu lagi.. Dengan tak semena-mena saye telah dilantik sebagai vice secretary untuk subjek CPE692- Future Trends for Petrochemicals Industries.

Saye kena handle tang minit mesyuarat dan report-report ni. Aiyak! Boleh jadik kerepot gwe! Subjek ni actually takde final exam. So, saye kena dengan beria-rianyalah menjalankan tugas dengan berwibawa kalau nak score A++ dalam subjek ni. Dah lah 3 jam kredit woo!! *___*

Dengar kata, kami akan pergi melawat Petronas Penapisan Kerteh dan satu lagi company based on petrochemicals product.

Haha! Tengok muka adik! Dia pun macam tak percaya yang kakak dia boleh jalankan tugas secretary dengan jayanya! Bedebah betul!

Nota kaki: Doakan saye supaya DL semester akhir ni ya!



Wednesday, January 5, 2011

Yes!

Salam kawan-kawan.

Oh! Oh! Oh!
Pejam celik pejam celik.. Dah sampai ke semester kelapan akhirnya kehidupan saye kat UiTM ni. Uhuuu~ Walaupun baru saja first week, assignment dah mula beratur minta disiapkan.

Adeh -__-"

Ehee~
Ni nak kasi tunjuk sikit la hasil kerja selepas berhempas-pulas selama beberapa jam mencari info dan *kunun-kunun* menchantekkan sikit kerja tersebut.


Taaaraa~~

Presentation untuk subjek waste and environmental management in petrochemical industries. Haha! Bila dah usha banyak lama-lama, tiba-tiba rasa cam hasil kerja budak tadika pun ada jugak ni.

Layan jelaa~


Nota kaki: Yeyeah! Birthday present untuk mama sayang dah siap dibeli. Tak sabar rasanya nak balik dan bagi pada mama sayang!



Monday, January 3, 2011

Waaargh! Z___z

salam 1malaysia..
*mood skemot abes*

Hari pertama semester baru yang membosankan..
Seharian terperuk kat dalam bilik..Takde kelas hari ni.
Tak sedar pulak bila dah ada updated timetable.
Nasib baik ada sorang classmate bagitau yang hari ni takde kelas.
Kalau tak, kOnfem 8.30 pagi tadi dah terpacak kat depan B5-A12-21A.

Emm.. bila dah masuk bulan baru, tahun baru..
Maka tamatlah sebentar demam kawen-kawen buat seketika. Asal masuk bulan 12 jer, konfemlah tiap-tiap hujung minggu dapat makan nasi minyak free *sila baca dengan nada kebulur*..

Okaay.. Kat bawah ni adalah few gambar yang sempat disnap masa saye pergi ke kenduri kawen. Pssst! Tapi saye nak bagitau satu rahsia ni. Kebanyakan kenduri yang saye singgah kan, tak sempat pun nak snap-snap gambar ni. Saye ngan adik stret je menonong pergi kat bufet usha makanan .. Melantak! Apa lagi boleh buat. Hahah! Tak senonoh kan perangai kitorang.


Siap ada red karpet kot!!

By the way, saye tak lupalah nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat semua yang baru melangsungkan perkahwinan tempoh hari. Moga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.

Nak dijadikan cerita, lepas je pendaftaran kolej semalam roomate siap boleh tegur lagi. "Aik! Apsal nampak dira macam dah 'besar' semacam ea?".. T___T

Taraa~ Ni lah buktinya. Akibat makan, tidur, makan, tidur sepanjang cuti.. Muka dah bertambah boolat! Oh no!

Okaaay.. That is the signal nak suruh saye turun pegi jogging petang-petang. Paham-paham.. Kena kasi hilang lemak-lemak yang berjaya diternak sepanjang cuti-cuti malaysia hari tuh kan?..

p/s: I need any volunteer to accompany me pleaseeeee?

Sunday, January 2, 2011

Welcome 2011

Hai..hai..hai..
Rindunya nak mengarang..
Lama sudah dira tinggalkan baby sayang ni..
Habis berhabuk bagai..

By the way, harap-harap masih belum terlewat untuk dira mengucapkan selamat tahun baru kepada semua teman-teman. Semoga kita-kita semua berjaya menunaikan azam tahun baru ni dengan berjayanya.

Wish you all the best!

Mmmmuuah!!