Sunday, November 14, 2010

dinner date

Hello.. hello....

Tadi im having wonderful dinner date ngan miss ida.
Thanks alot dear. Kitorang pergi makan kat Restoran Abe.

Lokasinya terletak kat seksyen 7, Shah Alam. Satu lorong dengan PakLi. Makanan kat situ boleh tahan laa.. Plaing penting, food cepat sampai. Hahah! Kalau dah kebulur tu, tau2 jela kan.. Konfem tak menyabar jadinya. Satu keistimewaan restoran ni, semua pekerja adalah lelaki. So, no wonderlah restorannya pun dinamakan Restoran Abe kan?.. Sesapa yang duduk kat area2 sekesyen 7 Shah Alam ni mesti pernah makan kat sini laa..


Taraaa~ Ini adalah tetamu kita pada hari ini. Si cantik manis, Ida..

Here we go. Nyum.. nyumm...

Okay... si gedik pun nak masuk jugaklaa.. Adeh! Baru perasan muka saye yang kelihatan lesu.. Aiyaak! I really need face and eye treatment lepas ni. Neeenooo.. neeeenoooooo!

Lepas makan tuh, singgah sekejap kat MyMydin. Heheh. Bukan sebab nak beli barang pun. Ida dan saye dua-dua dah nak balik ke rumah masing-masing Isnin ni. Huhu.. Actuallynya, saye nak carik kotak untuk letak buku-buku yang ntah dari semester berapa tak bawak-bawak balik lagi. Maklumlah duduk kolej kan. Mana pulak nak sumbat buku-buku tuh.

Selama ni saye tumpang barang-barang kat rumah kawan. Tapi dah naik segan pulak. Tiap-tiap cuti sem nak menumpang rumah dorang. Hehe. Berbekalkan taktik godaan hebat Ida, kitorang berjaya merembat dua biji kotak. Yaaahooo!

Taraa!
Hasil rembatan kitorang. Lepas makeup dan touchup sikit-sikit.. Aiyooo! Chuuumelnya hangpa! Tiba-tiba rasa tak sanggup nak letak buku kat dalam tuh. Hehehe. *rase nak sepuk diri sendiri sekarang!*




Saturday, November 13, 2010

i need one ASAP!

Salam lurves!

Psstt..pssstt...
Korang dah tengok cerita ABSOLUTE BOYFRIEND tak?
Alaa cerita ni pernah tayang kat tv satu ketika dulu.
Masa tu dengan kereknya saye cakap tak mau layan cerita ni..
Last-last bila roomates bagi softcopy ceritanya.. Terus melekat depan lappy sampai abes ceritanya.

Best-best! Berbaldi gaks air mata ni kalau ditadah masa tengok cerita ni. Sweeeeeeeet sesangat!! Aiyooo~ Love Knight punya character.. Chup! Chuuuup! Jeles dengan Riiko...

Kalaulah ada manusia jenis camni kat atas dunia ni, konfem la HOT sangat-sangat kan! Mesti ramai gileeeerrr sayang kat beliau.

Okay-dokay.. Lets cekidout some pictures from the series..
Layaaaaaan~


Sweetnya!!! I want boyfriend with cooking skills jugakss!

Oh! Dating kat taman..


Aaww!!..awwwwww!!! Hangatnya...

p/s: Ada sesapa untuk direkemenkan tak?



Thursday, November 11, 2010

7eleven

Salam lurves..

Hihi. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa 7eleven kan?
Buat part time kat 7e ke si Nadira ni??
Huhuu..

Sebenarnya nak bagitau korang semua..
Pada tanggal tujuh november tahun sembilan belas lapan puluh tujuh yang lalu, telah lahir seorang putera yang diberi nama Yussaini Mohammad Yusof.

Huh?
Siapakah beliau??
.
.
.
.
Taraa!

Awww! Awwww!! Hangatnya kamu! @__@

Venue: Sunway Pyramid
Date: 7Nov 2010

Mula-mula kan saye ingatkan nak buat surprise party untuk beliau. Kunun-kunun nak turun Alor Star nak bagi beliau terkejut beruk.. Sat lagi, last-last saye yang jadik beruk makyeh tuh. Huhu. Sekali si putera turun Shah Alam daa.. Melawat si puteri *sorry perasan sekejap* yang tengah berkerut-kerut study untuk final... Kihkih ^^


Sampai-sampai Sunway, kitorang terus je pergi beli tiket wayang. Kitorang pergi tengok cerita *tajuk apa ntah tak hengat*. Tapi before masuk wayang tu, perut dah berkriuk-kriuk minta diisi. Tak ada idea nak makan apa. Pusing-pusing la satu Sunway tu sampai lenguh. Nasib baik tak pakai heels hari tu. Kalau tak mau tercabut kaki mak!

Lepas rasa agak-agak kaki memasing dah tak larat, last-last si birthday day boy requested makan kat Carls Jr. Sebenarnya korang, that was my first experience pergi makan kat Carls Jr ni. Nak pergi order pun tak reti. Tapi yang penting buat muka konfiden kat kaunter tu kan?.. Heheh. Not bad laa food kat sana. Berbaloi duit hangpa cheq habaq mai.

Korang should try makan kat sana. Rupa-rupanya kita boleh refill air sesedap oren woo! Minum sampai kembung laa.. Tak pun, refill penuh-penuh before blah dari kedai tu. Nanti pergi jejalan ke, window shopping ke dah ada air siap-siap. Tak yah beli air baru lagi kan.. Brilliant rite this idea? Ngeheh!

Last but not least cik Nadira mau buat ucapan special sikit untuk birthday boy:

Selamat ulang tahun kamu!
Semuga berjaya capai cita-cita nak jadi fighter!!

Dan yang paling penting ni.. Make sure masuk dalam wishlist paling atas sekali tau..
Semuga cecepat kawin ngan saye *whoopsie!* :P



Wednesday, November 10, 2010

yeehaa..yehaaa..angree..angree..!!

Salam kawan2..

Sangat dalam emosi berblogging sekarang ni.. Rindu sesangat nak bercerita itu ini. Banyak sangat benda nak cerita. Tapi dek kekangan masa, saye hold dulu cerita2 dulu.

Semua yang saye buat ni membabitkan masa depan woo!
Alhamdulillah..

Saye baru je abes present design project tadi. I've tried my best tadi. Tapi masa Q&A session pulak yang kantooi! Terketaq2 mak nak menjawab soalan ahli panel. Sorang2 punya soalan macam bom turnado woo! Dorang dah la point part site selection and market analysis! Elok2 plak saye yang buat part market analysis tuh.

By the way, thanx to all group members for your fully supports and commitments. Jasa baik korang memang tak kan saye lupakan.

Nanti saye update ngan cerita2 hot tuh ya!

*sempat berposing selepas berpresentation*

Nak sambung buat correction untuk report dissertation pulak ni. Isnin depan kena present.

Wish me luck again ya lurves!

Take care!



sikit lagi untuk pergi!

Salam kawan2..

Jam tepat pukul 4.42 am. Mata da terpisat-pisat dah. z__Z
Roomates dua2 orang dah syok dibuai mimpi. Siap dah guling2 hindustan pun tuh!
Huh!
Tapi apakan daya.
Berani pulak saye nak tidur sekarang kan!!

Baru je siap buat excutive summary untuk chapter2.
Pasni nak kena buat slide untuk presentation sekejap je lagi.
Turn my group 4 our design project presentation tepat pukul 10.15am sekejap je lagi.
*saja highlight sekejap je lagi*

Tiktoktiktok!!

Tak sampai dalam 6 jam pun!!

Aiyokkk!!

Wish me luck kawan2.

Harap2 berjaya present ngan suksesnya.
Dan berjaya jugak menepis serangan soalan bertubi2 dari 5 lecturers yang akan observed kitorang. Oh! Tak lupa jugak external examiners. Ada dua orang engineer yang knfem banyak gilak experiences~~~

Scaaaaarrry!!!!!!!!!!!!



Tuesday, November 9, 2010

Yeaaaaaa!

Hye guys!!

Aiyok! Dah berkurun rasanya tak update belog ni. Busy ngan exam la katakan. Kunun2 nak concentrate study! :P

Alhamdulillah sebab dah berjaya menjawab semua paper dengan jayanya..
Harap2 result lulus dengan cemerlang dan berjayanyalah..
InsyaAllah..


Hehe.. Siap tampal jadual peksa kat depan locker tuh.
Jadiknya.. Bila bukak locker tuh, automatically terus remind diri sendiri bahawasanya awak cik Nadira perlu study untuk memantapkan diri nak menjawab soalan exam nanti.

Since Im done with my final exam, so sekarang ni nak concentrate untuk DP and dissertation presentation pulak. Dah la DP tu banyak la pulak kan nak kena betulkan market analysis. Aiyak!

K la.
Take care korang!

Mmmuahxx!