Saturday, February 19, 2011

Pretty Girls Rock!

Hellooo.. Helloo.. Helloooo..

Okaylah. Kali ni nak cerita pasal Pretty Girls Rock!
Wahh! Wahh! Waahh!!

Siapakah gadis-gadis chantek ni?

Haha! Thats too obvious nak promote teammates sendiri okay! Nama team kitorang adalah "Pretty Girls Rock!". Meh cheq nak habaq mai kat hangpa semua, gadis-gadis di atas ni dengan hangatnya telah bermain berhempas-pulas masa CHeC 2011 yang lepas dalam acara futsal. Mungkin dah tersurat dah memang rezeki kitorang dapat tempat PERTAMA!!

Pada awalnya, kitorang ingat dah disqualified masa liga lagi dah! Kitorang dapat masuk semi final pun sebab kiraan mata. (sendiri pun tak paham) Mata terkumpul kitorang sama dengan sifar!!! Menang 1, kalah 1, seri 1.

Mula-mula memang aim nak dapat nombor tiga lah. So, boleh kerek dekat junior yang part 8 conquer semua tempat 1, 2 dan 3. *Haha! Buruk betul perangai!* Tak terlintas langsung kat dalam fikiran masing-masing yang kitorang akan layak masuk final. Alhamdulillah. Mungkin dah rezeki kan.

Bersaing sengit dengan rakan satu batch untuk merebut title juara futsal perempuan CHeC 2011!

Posing pretty girls!

Masa CHeC 2011, ada jugak sukaneka dipertandingkan. Masa tu, mungkin kitorang tengah main untuk final futsal. Ramai pensyarah yang turun memberikan sokongan. Sporting habislah diorang sebab turut serta dalam acara sukaneka tempoh hari. :D

Lepas penat bermain, konfem-konfemlah bershopping sakan guna kupon RM12.50 tuh!

p/s: Tak sabar nak bercuti sakan di Cherating besok! Cherating here I come babeh!



Tuesday, February 15, 2011

CHeC 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan..

Okay! Lama sudah dira tak jenguk belog sayang ni. Busy sikit dengan design project yang tak abes-abes ni. Dalam sibuk-sibuk tu, sempat jugaklah dira join satu event fakulti ni. Chemical Engineering Challenge (CHeC 2011). Terasa nak bersokan sebelum mengakhiri kehidupan sebagai seorang pelajar. Nanti dah ada anak bolehlah nak cerita kat mereka-mereka kan. Teeeettt!! Dah terkeluar tajuk.

Untuk CHeC kali ni, dira join netball. Pada mulanya, kitorang hantar wakil daripada kelas kitorang. Tapi disebabkan cuti yang terlalu panjang, ramailah yang tarik diri di saat akhir. Nasib baik ada satu lagi team part 8, jadik kitorang pinjam sekejap player diorang.

Masa ni kitorang lawan dengan team yang kitorang pinjam player diorang. Kasi can kat diorang menanglah. Diorang dah banyak berbakti pada pasukan kitorang :P

Okay, for the next day, dira dengan Saiful kena incharge on aerobic part! Haha! Korang nak tau? Pukul4 pagi Ahad, barulah siap compose lagu dan reka steps untuk aerobic yang patut bermula pada pukul9 pagi hari yang sama. Memang kerja gila!

Paling depan, baju kaler biru adalah saye! *segan dengan ketinggian diri sendiri*

Dira perasan yang ramai jugak yang tak dapat catch up steps dira buat. Im really sorry. Tempo terlalu laju and aerobic steps terlalu sekejap. *Sedih sekejap*

Dira masuk maraton jugak hari tu! Dapat nombor 16 out from berpuluh-puluh orang! Oh! Terasa diriku ini sudah sangat tua dan kurang berstamina. Baru lari sikit dah tercungap-cungap. -__-"

Part paling best CheC ni, kitorang akan diberikan sebanyak kupon bernilai RM12.50 setiap seorang dan kitorang bebas memilih pelbagai jenis makanan yang dijual sepanjang hari kejohanan. Syok beb! Tak tipu. Siapa tak suka free stuffs kan?

To be continued...

p/s: pretty girl rock awesome will coming soon!



Wednesday, February 9, 2011

MIBC! Here I Come!

Assalamualaikum kawan-kawan.

MIBC? Apakah itu? Tapi untuk warganegeri Melaka konfem lah tau kan ape MIBC stands for. Mula-mula, masa dira dapat tau pasal MIBC tu pun dira ingat "oh, typo kot mamat ni"..

Mati-matilah dira ingatkan MIBC tu adalah MITC=Melaka International Trade Center. Ceh! Rupa-rupanya MIBC tu memang wujud kat MITC. Memang kasi konfius sekejap..

Actuallynya MIBC is stands for Melaka International Bowling Center. Haha. Tataulah bila ntah siap bina ni. Berapa kurun dah tak turun Melaka. Mau sekor-sekor terkesima masa sampai kat MIBC ni. Buat peminat bowling, korang bolehlah try main kat sini.

Gaya mesti macam pro walaupun hakikatnya sudah pasti tidak! Asal menang gaya, walaupun score cam hampas kepala yang tidak berguna lagi melainkan boleh kasi makan kepada ayam-ayam di belakang rumah Pak Sameon.

Okay.. persamaan kedua-dua gambar di atas adalah dira berlakon pura-pura comel. Oh nak muntah kejap!

Oh ya! Yang sebelah dira ni dah bertunang tau. Bulan tiga ni cik Leedya Syariza kita ni bakal melangsungkan perkahwinan beliau. Yang lagi empat orang tu masih lagi available. Dari kanan: cik Diana, cik Nathirah, cik Farhana dan cik Khairunnisa.

Part paling penting bila dah gather ramai-ramai adalah sudah pastinya bergambar puas-puas berjemaah. Haha. Kami semua memang camerawhore. Jadi harap maaflah ya.

p/s: Psstt..Psssttt..Kalau rasa-rasa berkenaan cecepat kontek dira tau. Nanti dira boleh tol0ng arrangekan :P



Tuesday, February 8, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Jom join korang..

PROJEK
GEGAR 1,000 BLOG !!

OLEH:

BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA
SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA
BAGAIMANA ??




Contest Me&Animal

Assalamualaikum kawan2.
Pergh! Lama dah tak join contest2 ni.
Tapi disebabkan telah ditag oleh cik Sandra Diana.. Layankan aje!

Contest kali ni berbunyi Me & Animal.

1. First of all, letak banner tuan punya contest itu.


2. Selepas itu, silalah menjadi kipas-susah-mati kepada tuan punya contest dan tidak lupa juga kepada tuan penaja hadiah tempat kedua.

3. Step paling penting! Sertakan gambar kita bersama sebarang jenis haiwan.

4. Kemudian, ceritakanlah sikit pasal haiwan kat atas tu.

Ermm.. gambar ni diambil tahun lepas. Masa tu pergi memancing kat satu tasik dekat-dekat area Durian Tunggal tak silap. Jangan tak percaya yang dira berjaya pancing seekor anak ikan toman(yang paling besar dalam jaring tu taw). Mau menggegel kepala lutut masa kena sentap dengan anak ikan tu. Tapi bila dah berjaya bawa naik darat, terus ambil gambar tak nak kalah. Ngeheh!

5. Silalah mengetag kawan-kawan blogger seorang perempuan dan seorang lelaki.

6. Yang terakhirnya, jangan lupa post link entry ni kat tuan empunya contest itu.

Sekian.

p/s: tuan empunya contest, rase2 ada can tak saye boleh menang ini contest? :P



Saturday, February 5, 2011

Cerita Broga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan..

Hehe. Baru nak update pasal naik Broga tempoh hari tu. Punyalah lama kepam cerita. Sambil-sambil tu sempat lagi menonton SNSD kat 8tv ni. Huhu~

Okaylah.. dira nak share dengan korang antara gambar-gambar yang sempat dira ambil tempoh hari. Nak naik Broga ni tak adalah penat sangat sebenar.

Tipulah kalau korang yang sihat walafiat tak mampu nak tawan Broga tu. Bukan apa, masa dira naik hari tu sebenarnya dira tengah demam tau korang. Betapa gigihnya dira pergi jugak sebab dah janji dengan kawan-kawan nak join sekali.

Janji korang janganlah lupa bawak bekal air dan makanan. Yela. Nanti dah sampai puncak tu, bukannya ada warung Pak Samad atau cendol Pak Akub. Jadi sediakanlah payung sebelum hujan ya kawan-kawan. :)

Oh! The best part---> kitorang masuk paper Utusan bertarikh 17 Januari 2011 yang lepas pasal ekspedisi kitorang tawan Broga ni. Serius dira tak tipu!

Tarraa~

Puteri Bukit Broga Ditemui!


Okay! Ini tipu sangat! :P

Ni baru gambar yang betul. Hehe.


Dira yang cenonet kat depan tu. Gambar kat sini baru ade gaya-gaya orang demam kan :P

Picture kredit dari belog Farah.

p/s: Beriadah baik untuk kesihatan. Even kanak-kanak kecil pun mampu tawan Broga Hill. Tak kan kita yang dewasa ni tak rasa tercabar kan!