Salam kawan-kawan..
Aiyaa~ bila saye duk belek2 kalendar, baru saye perasan yang bulan syawal akan berakhir tak lama lagi.. Tapi satu entry raya pun saye tak buat.. Harap2 masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua..
Dek kesibukan membuat assignment tak tak putus2, di samping pelbagai dugaan yang mendatang.. saye mencuri sedikit masa untuk mengupdate belog yang dah lama gila dibiarkan kesepian.. Hahah! *poyo gila ayat kan*
Okay.. okay.. dah terlari tajuk la pula kan.. Emm.. Nak cerita kat korang ni.. In my opinion la kan.. Tahun ni punya raya kurang sedikit kemeriahannya berbanding tahun2 yang sebelumnya.. mungkin sebab saye dah besar dan kurang mendapat duit raya. Justeru, saye merasakan raye kali ini kurang meriah. Hahah! *suka hati je mak nenek ni kan?*
Tak..tak.. Bukan sebab tu tau.. Tahun ini, mak lang dan mak busu tak balik kampung untuk beraya. Jadi kat rumah tu, kuranglah manusianya.. Mak busu yang baru kawin, ikut suaminya beraya di Terengganu manakala mak lang yang duduk di Perak tidak pulang beraya. Jadi tinggal kami sekeluarga dan makcik & her family. Sob3.. T_T
Wajah di pagi hari.. Tatkala tidak sempat mencolet sedikit bedak pun ke pipi gara-gara dah terlewat untuk sembahyang raya. Inner pun kemek-kemek tak sempat nak betulkan. Bukan main lagi flash.. Hahah! Nak jadi cerita, tok imam tersalah rukun sembahyang raya. Terlupa angkat takbir tak silap saya laa.. Jadi, sempat juga sembahyang raya pada tahun ini walaupun agak lewat sedikit ke masjid.. Huhuu~
Mama, ayah dan manja kat satu lagi kereta. Semua sebab pasal kunun2 nak kanvoi raya dengan famili sebelah Jasin :)
Satu keluarga bersama puan *panggilan untuk emak kepada ayah*
Jadi, tahun ini ayah, mama dan anak-anak mereka yang nakal *termasuk saye la tu* beraya kat keluarga sebelah mama di Jasin. Lepas sembahyang raya, terus je kitorang gerak ke Jasin. Kalau tak, tahun2 yang lepas.. selalunya lepas Zohor baru gerak ke Jasin. Agak2 lepas dah membantai sebatang lemang dan semangkuk rendang, kitorang pun kunun2 nak pergi beraya ke rumah saudara-mara kat belah2 Selandar.
Keluarga sebelah Jasin. Yang pakai selendang paddlepop tu mama saye. Hehe. Mama merelakan dirinya memakai selendang selepas dipujuk beberapa kali oleh si gedik, yakni saye. Terima kasih mama. LUV YOU SOOOO MUCH!!!! XOXO~
Selepas melawat kuburan di beberapa kawasan.. Kami singgah sebentar di rumah Tok Ngah. Habis sapan makanan yang ada kat rumah beliau. Masing-masing kebulur. Tanpa segan dan silu dengan muka ketebalan 18 inci sekor2.. Semua yang terhidang di atas meja, minta direfill.. Siap isi sendiri woo.. Hahah! *memang dah buat cam rumah sendiri laa masa tu*
Pada keesokkan harinya pula, keluarga belah Jasin ada la buat makan-makan sikit. Dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu.. Apa lagi yang boleh buat kan.. Konfem la mamam ngan seronoknya.. Hehehe.. sssluuurrrp!
Si gedik yang menyebuk kat dapur. Last-last badan penuh ngan bau asap.. Huhu~
Kanak-kanak gembira dalam cubaan mengepau mama duit raya!
Last but not least, SELAMAT HARI RAYA..
MINTA AMPUN MAAF ANDAI TERASA HATI, TERCURI PAKAI, MAKAN DAN MINUM sepanjang perkenalan kita kawan-kawan semua.. :)
Daa~
0 orang joyah:
Post a Comment