Thursday, October 21, 2010

DP The Making

Salam dearest friends..

Alhamdulillah.. Group Design Project (DP) saye dah berjaya hantar report kitorang dengan berjayanya pada hari Rabu minggu lepas!! Walaupun ada banyak gaks hutang-piutang yang perlu dilangsaikan but we managed to submit on the dateline's day. Fuhh~

Kan wikens tu kitorang pergi ke Kerteh melawat our allied supervisor.. Maksudnya kitorang hanya tinggal lagi tiga hari untuk siapkan bahagian yang tak settle2 macam energy balance dan make it into required format. Wahh! Dah la saye dan Hajar kena incharge part energy balance tuh. Nak buat ikut format la sangat leceh! Margin bagai~ Nanti ada plak yang lari2.
Huh! -__-"

Mase tuh Allah saja yang tau apa perasaannya. Dupdapdupdap. Tidur tak lena. Mandi tak sempat.. *Whoopsie!*

Disebabkan ada yang duduk kolej tapi duduk kolej laen2.. Ada yang tinggal kat luar.. We decided to do our project kat fakulti la. Tapi nak dijadikan cerita habis semua seat kat level11 dan 12 dah ditakluki oleh syarikat2 lain *okiee! hyperbola pulak* Jadi kitorang pun duk usha2 if ada kelas yang kosong. Nasib baiklah ada satu kelas kat level 13 tu macam tau2 je kitorang nak guna beliau.. Heheh.

Walaupun hangat gaks lah *aircond dah tutup tatkala selepas pukul 11* buat kerja dalam tu, tapi masing2 menunjukkan ketekunan untuk menyiapkan kerja2 yang masih belum dilunaskan..

Atul dan Hajar serius menbincangkan pasal material energy part! Go ladies!



Tatkala semua orang serius, saye dengan seronoknya mengenakan si Jalil and he didn't know at all about the existence of this picture. Huahahah! *gelak evil sekejap*

Kitorang start wat kerja tertunggak tu on petang isnin camtu la.. Terlajak sampai la ke subuh. Pastu sambung balik petang selasa. Cuba teka sampai pukul berapa pulak kali ni??? Hahaha! Kali ni sampai la ke hari Rabu berikutnya. Tak mandi okiie!! Terus setlekan printing and burning CD process. Pastu berjalan dengan laju ke Pilot Plant semata-mata nak hantar report tu. Patut kena hantar before 4pm.

Tapi tau la nak settle itu ini mak nenek yang remeh-temeh..pukul 6.30pm baru kitorang betul2 dalam office coordinator lapor diri untuk hantar report berhantu tuh!! Pergh!! Pas keluar je bilik beliau, satu perasaan lega yang tak boleh dibayangkan oleh manusia biasa lah! I feel free bebeh!! Rasa nak menari tango pun ada. Nak lompat bintang 18 kali pun ada gaks. Hehe!

Actually bukan group kitorang je yang overnite, angkat bantal peluk selimut bagai bawak pergi fakulti. Almost satu batch laa.. Ada la 200++ satu batch. Bayangkanlah! Mana nak sumbat kan? Tapi alhamdulillah lah memasing berjaya siapkan kerja memasing. This project jugak betul2 menguji friendship each of group member.




Thanks to groupmates yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tak berbelah bagi. Luv uoools!
XOXO

New experince! Makan megi di fakulti di malam hari. Ada berani?




Wednesday, October 20, 2010

New Queen in Town!!

Salam dear..

Hoooyeah! Hooooyeah! Sambil lompat2 dengan gumbiranya... Meh dekat... Meh dekat... Kak Non nak habaq mai kat hangpa semua ni.. Teratai1 dah tukar langsir baru.. Purple lagi youuu~ Compare yang dulu. Kali orange2 camtu.. But it just last for tiga sem laa.. Lama2 si orange dah start koyak2.. T__T

And the worst case!
Produce banyak gilerrr habuk yang turut menyumbang kepada virus selsema dan batuk..Awal sem ni jela, girls from bilik kawan saye siap pakat demam seminggu sebab tak tahan habok si orange. Last2 dorang bukak je si orange dan tampal kertas minyak kat cermin tingkap..

Dah la tingkap kitorang see through weyh!!!
Kalau tak alas apa2, apa yang korang buat dalam bilik boleh nampak sampai ke Dataran Cendikia (DC). Syok kan? Boleh main skodeng2.. Huhuu~ :P

Dethroned queen O.
*Sorry dear your service is no longer needed.*

Tengoklah! Nice and clear view okieee without any curtain.. Kalau pakcik tukang masak korek hidung pun boleh nampak dari bilik! :P

Queen P naik takhta dengan bangga. Hope your service will last longer than Queen O..

Daa!



kerja luar kawasan part2

Salam kawan-kawan...

Seperti yang dijanjikan, sekarang ni saye nak kongsi pasal kerja luar kawasan part 2 yang saye janji nak bagitau tu. Kali ni kat Terengganu!!! I was so excited sebab ni lah kali pertama saye menjejakkan kali ke bumi Terengganu. Okay! Tipu~ Hahah. Actuallynya saye pernah je pergi ke Kemamam. Masa tu duduk Kuantan. Tapi tak turun dari kereta pun rasanya. Few years back then. Masa tu saye sekolah rendah lagi. So, it consider as not counted rite? :P

Wajah pepagi masa mula2 nak gerak. Sorry guys cause woke up a bit late and bersiap macam nak keluar dating :P

My groupmates. Let me introduce to uools.. Dari kiri: Hajar, Atul, Abul and Jimi..

Okaaaaay! Back to the story.. The next trip was to Kerteh, Terengganu. Kali ini saye pergi melawat Petronas Penapisan (PPT) bersama-sama groupmates design project pulak. Hoooyeah!! \(^_^)/

Sebenarnya, kitorang ke sana semata-mata untuk jumpa our allied supervisor yang juga merupakan salah seorang manager besaw kat PPT tuh! Fuuuhhyooo~ Hebatkan? *cepat anggukkan kepala laju2*

Banyak jugak la persoalan2 yang kitorang timbulkan sepanjang perjumpaan tersebut. Tapi kan, saye rasa sayelah manusia yang paling senyap masa tu, sebaba sangat2 lah rasa mengantuk dan penat dek tak tidur malam menyiapkan report dissertation. Tambahan lagi, sepanjang perjalanan tak tidur sebab kunun2 nak teman si Jimi memandu.. Z_z

Do some reading and preparation before meeting allied supervisor. Ketaq woo.. *Tipu je ni :P*

This is our supervisor cum FKK lecturer: Puan Norliza Ibrahim. Thanks puan cause introduced us a very helpful allied supervisor. Sampai ke problem HYSYS pun diselesaikan oleh En Tarmizi tu :)

Having wonderful moment sharing ABC with girlfriends. Isn't sweet? :)

Sempat lagi bergambar kat Mesra Mall kunun2 untuk kenang-kenangan. Hahah! Sebenarnya ko tu memang tak boleh tengok benda chantek sikit kan Nadira? Semuanya nak diambil gambar.. -__-"

Our dinner after check in.. Ni pun shared food :)

The best part was....... Kitorang telah bermalam kat Awang's, Rantau Abang pada malam tu. Saye telah dilanda perasaan gembira yang tak terhingga masa tu sebabnya bilik kitorang semua betul2 terletak kat depan pantai. Bayangkanlah buka2 pintu bilik, terus je nampak laut yang saujana mata memangang dihiasi indah dengan pepasir putih. Wooow! Cantik betul ciptaan Yang Esa!

Lepas dinner tu, kitorang duk lepak jap kat tepi pantai. Terasa tersangatlah tenang tatkala mendengar deruan ombak memalam. Terasa semua bebanan hilang lantas terlupa terus bahawasanya terlalu banyak assignment yang tak siap2 lagi. Hahah. Lets cekidout our kunun2 photoshoot di tepian pantai during malam hari! :P

Snowing at Rantau Abang?

The Magnificient Five..

Sempat lagi nak buat adegan hindustan kat tepi pantai. Ish.. Ish.. Ish...

Tengoklah! Saye tak tipu kan.. Tersangatlah dekat dengan pantai. Emm.. Lupa nak bagitau rate per room. Untuk katil queen size RM50.00 per room manakala kalau ada 2 katil single per room RM60.00. Murah kan? Takde airconditioner pun. Tapi angin pantai akan membuatkan korang rasa sangat nyaman dan tak mahu bangun2 dari tidur yang lena. Heheh! Tapi abang receptionist tu cakap kalau masa cuti sekolah, rate room mahal sikit. Kena tambah another RM10. Korang tau kan berapa harganya?

Kat sini pun boleh jugak nak posing.. Adeh!

The next day plan was a visit to Petronas Penapisan Terengganu plant. Mula2 kitorang semua diberi taklimat ringkas pasal production plant oleh inchik *takingatnama*. Beliau tu pun one of the manager besaw kat PPT tu. Pastu, kami pun dibawa melawat sekeliling plant. tak boleh jejak kaki pun. Sebabnya kitorang naik van masa tu. But it was really really awesome experince. Boleh tengok besaw mana storage tank, tinggi mana distillation column yang digunakan.. Pendek kata, tak rugilah datang jauh2. :) Kitorang dibawa jugak ke control room untuk melihat proses2 yang berlaku dalam each equipments and pipelines.

Sebelum pulang, sempat jugalah saye merempat seketul dua kerepok lekor umtuk dibawa pulang ke Shah Alam. Sakai gaks sekejap. Haha. Almaklumlah tak pernah jejak kaki kat Terengganu ni.

Okaylah! Till we meet again. Thanks for lending some time reading this entry.
Luv ya! Muuah!

p/s: Tiba2 rase nak kawen cecepat dan pergi honeymoon kat tepi pantai! :P



Saturday, October 16, 2010

kerja luar kawasan part1

Salam dear..

Hehe.. Bila baca tajuk tuh, konfem ramai yang ingat saye ni dah keja kan? Haha. Tipu sajalah! Final exam pun tak start study lagi. Ada hati pula nak kerja luar kawasan bagai~

Sebenarnya, dalam kesibukan duk mengejar dateline assignment dan final year project, sempat juga la saye mencuri masa untuk plant visit. This time, ada dua kali plant visit yang berlaku serentak dalam satu minggu yang sama. Nasib baik la saye tak collapse woo. Dengan banyak kerja, pastu nak rushing ke sana ke mari lagi..

For the first site visit, kitorang telah pergi melawat ke PDH yang terletak di Gebeng, Pahang Darul Makmur. This visit was organized by Mr Jalil and Miss Nana under Petrochemical Engineering subject. We went there with UiTM bus. Tapi tak tau la bas tahun bila punya kurun!.. Bila nak naik bukit je, rasa2 cam bas tuh boleh terpatah balik ke belakang. Cuak gila la masa tuh. Penat risau jela.. Risau la sama ada kitorang selamat pergi dan balik. Kalau la dibuat catatan statistik hari tu, knfem dah tak terhitung jumlah bas dan lori yang telah memotong bas kitorang dengan berlagaks dan bergayanya. Sampai lecturer kitorang, Puan Rozana tukar tempat duduk sempat tak tahan ngan kondisi bas tersebut.

*Gambar ni pun kitorang amik curik2. No camera allowed during entering the visit okiee!! Dah la sekor2 camerawhore kan :(*

Kitorang tak dapat masuk pun ke dalam plant hari tuh. What a waste! Dah la datang jauh2.. Pastu tak dapat masuk sebab attire kitorang tak proper! Sooobs! T_T

But at least we gained new experience and some knowledge pasal apa yang kitorang belajar sekarang ni. :)


Actuallynya, dua2 gambar kat depan main gate ni boleh kata gambar kontroversi gak la. Pas saye ngan cik Nadia gembira2 dan syok sendiri bergambar kat depan ni, boleh pula kitorang kena tahan ngan pak guard. Tiba2 pula beliau minta permit daripada kitorang. Hello pakcik! Ingat kitorang pendatang asing ker? Marah betul masa tu. Last2 kitorang abaikan je permintaan tak munasabah pakcik guard tuh. Huh!


Untuk merawat kedukaan di hati memasing, Puan Rozana pun came with brilliant suggestion! Singgah sebentar di Teluk Cempedak!!! Hoooyeah!! Of course la semua orang sekali2 dengan pakcik driver tanpa segan dan silu mengangkat tangan tinggi2 untuk menunjukkan kami setuju 189% dengan idea berkenaan. ;P

Kegumbiraan yang tak terhingga kerana memasing berjaya melarikan diri sekejap dengan assignment yang berlambak2 dan FYP. :)

Tengoklah muka memasing! Gembira giler tatkala nampak pantai. Hehe. Nama je dah final year student. Tapi boleh pula terlompat2 dengan gumbiranya.. *Whoopsie! Termengumpat diri sendiri pula -__-"*


Teluk Cempedak dalam ingatan..

Okay laa.. Stay tune for kerja luar kawasan part2 pula.
Thanks for reading.
XOXO



Friday, October 15, 2010

1 more to go!

Salam kengkawan..

Wah!! Hari ini adalah hari yang cukup bermakna buat seorang yang bernama Nadira Nasarauddin...

Cuba teka apakah hari berkenaan..
Cepat teka.. Cepat teka.
...

Jeng!

Jengg!!



Jennnngg!!!



Hari terakhir saya pergi ke kelas untuk semester ni..

Hoooooyeah~~~

Gumbira sungguh dalam hati... But at the same time, dupdapdupdap laju tahap taufan tornado juga ni.. Mana taknya, final exam just around the corner saja. Sipi-sipi lagi je nak kena langgar woo..Kalau dah lama dah kebaboom!!!

Homaigod! Homaigod!!
Cuaknya mak! Dah la tak start study pun lagi..

Lately, busy gila nak menyiapkan design project punya report. Lepas tu, nak fikir pasal dissertation's report pula. Minggu ni, sepanjang hari tak tidur malam gara-gara nak menyiapkan dua-dua report tu. Memanglah kerja gila...

Aiyaa! Nak jadi satu cerita, kawan-kawan pun ramai dah tegur yang mata saye ni dah menjadi semakin menawan..


See..
Awwwww!
Lawa kan mata saye..

Hahaha!!

Tipu jela..

Ada manusia kata mata saye ni dah saling tak tumpah macam mata panda!
Tapi version panda keding laa..
Waaa.. Sadis gilerrr!! T_T

Tapi kan.. Kalau la difikirkan dari bright side.. Rasa-rasa dengan konfiden level yang membuak-buak bagai lahar Anak Krakatau yang tak sabar-sabar keluar dari perut bumi, saye rase kiut apa ada sepasang mata panda kan? :P


Comel kan?


Hahaha.. Tahap keperasanan yang tak boleh dibendung!!
Okay la.. Nak pergi comb disertation report lah! Kena hantar before 5pm ni.. Wish me luck for the upcoming tests and final exams ya!

Luv ya! XOXO

Si panda keding :P

*Whoopsie! Kelihatan jerawat gedabak dek tidur yang ikut sesedap oren mak saje*

Daa!

Tuesday, October 5, 2010

Tunggakan Raya..Raya..Rayaa..


Salam kawan-kawan..
Aiyaa~ bila saye duk belek2 kalendar, baru saye perasan yang bulan syawal akan berakhir tak lama lagi.. Tapi satu entry raya pun saye tak buat.. Harap2 masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua..

Dek kesibukan membuat assignment tak tak putus2, di samping pelbagai dugaan yang mendatang.. saye mencuri sedikit masa untuk mengupdate belog yang dah lama gila dibiarkan kesepian.. Hahah! *poyo gila ayat kan*

Okay.. okay.. dah terlari tajuk la pula kan.. Emm.. Nak cerita kat korang ni.. In my opinion la kan.. Tahun ni punya raya kurang sedikit kemeriahannya berbanding tahun2 yang sebelumnya.. mungkin sebab saye dah besar dan kurang mendapat duit raya. Justeru, saye merasakan raye kali ini kurang meriah. Hahah! *suka hati je mak nenek ni kan?*

Tak..tak.. Bukan sebab tu tau.. Tahun ini, mak lang dan mak busu tak balik kampung untuk beraya. Jadi kat rumah tu, kuranglah manusianya.. Mak busu yang baru kawin, ikut suaminya beraya di Terengganu manakala mak lang yang duduk di Perak tidak pulang beraya. Jadi tinggal kami sekeluarga dan makcik & her family. Sob3.. T_T

Wajah di pagi hari.. Tatkala tidak sempat mencolet sedikit bedak pun ke pipi gara-gara dah terlewat untuk sembahyang raya. Inner pun kemek-kemek tak sempat nak betulkan. Bukan main lagi flash.. Hahah! Nak jadi cerita, tok imam tersalah rukun sembahyang raya. Terlupa angkat takbir tak silap saya laa.. Jadi, sempat juga sembahyang raya pada tahun ini walaupun agak lewat sedikit ke masjid.. Huhuu~
Mama, ayah dan manja kat satu lagi kereta. Semua sebab pasal kunun2 nak kanvoi raya dengan famili sebelah Jasin :)
Satu keluarga bersama puan *panggilan untuk emak kepada ayah*

Jadi, tahun ini ayah, mama dan anak-anak mereka yang nakal *termasuk saye la tu* beraya kat keluarga sebelah mama di Jasin. Lepas sembahyang raya, terus je kitorang gerak ke Jasin. Kalau tak, tahun2 yang lepas.. selalunya lepas Zohor baru gerak ke Jasin. Agak2 lepas dah membantai sebatang lemang dan semangkuk rendang, kitorang pun kunun2 nak pergi beraya ke rumah saudara-mara kat belah2 Selandar.
Keluarga sebelah Jasin. Yang pakai selendang paddlepop tu mama saye. Hehe. Mama merelakan dirinya memakai selendang selepas dipujuk beberapa kali oleh si gedik, yakni saye. Terima kasih mama. LUV YOU SOOOO MUCH!!!! XOXO~
Selepas melawat kuburan di beberapa kawasan.. Kami singgah sebentar di rumah Tok Ngah. Habis sapan makanan yang ada kat rumah beliau. Masing-masing kebulur. Tanpa segan dan silu dengan muka ketebalan 18 inci sekor2.. Semua yang terhidang di atas meja, minta direfill.. Siap isi sendiri woo.. Hahah! *memang dah buat cam rumah sendiri laa masa tu*
Pada keesokkan harinya pula, keluarga belah Jasin ada la buat makan-makan sikit. Dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu.. Apa lagi yang boleh buat kan.. Konfem la mamam ngan seronoknya.. Hehehe.. sssluuurrrp!
Si gedik yang menyebuk kat dapur. Last-last badan penuh ngan bau asap.. Huhu~
Kanak-kanak gembira dalam cubaan mengepau mama duit raya!
Last but not least, SELAMAT HARI RAYA..
MINTA AMPUN MAAF ANDAI TERASA HATI, TERCURI PAKAI, MAKAN DAN MINUM sepanjang perkenalan kita kawan-kawan semua.. :)
Daa~