Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

makan mewah!


Salam nyum2 satu Malaysia!
Hari ini rancangan Nadira Prok-prek bersiaran terus dari restoran McDonald Seksyen 3, Shah Alam. Bersama saye di restoran adalah artis jemputan kita, cik Nayd Azwir and puan (?), eh silap! cik Aisyah Kama.

Pemakan gelojoh satu: cik Nayd Azwir

Pemakan gelojoh dua: Cik Aisyah Kama

Cik reporter Bling-bling bersama artis undangan minggu ini ;P

Nyum-nyum!

Haha! Sila abaikan foto-foto di atas dan tumpu perhatian di sini sekarang! Nak dijadikan ceritalah kan.. Tak tau lah kenapa malam ni tiba-tiba saja saye ngan Nayd jadik super-duper clumsy!

Masa kat kaunter, dengan secara tak sengaja anak pak cik Azwir ni duk tertumpahkan kentang kerinting-kerinting tu. Pastu, saye pulak telah terjatuhkan burger Mc Chicken kepunyaan si Aisyah masa tergopoh-gapah semata-mata nak rebut seat kosong! *Okay! Perangai memang sangat tidak senonoh di situ. Sila jangan sekali-kali melakukan aksi ini di rumah mahupun di luar rumah*

Nak tau apa terjadi kat tempat kejadian??


Kami pulang dengan hampa sebab food dah jatuh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eheee~ Tipu jelah!


Dengan segeranya, kentang kerinting-kerinting dan burger tergolek-golek tu diganti lain oleh abang yang kerja kat McD tu! Abang memang hensemlah! Lupa nak cakap kat manager supaya kasi tambah gaji kat abang! :P

Wooow! Giler superb servis kat sini! Terharu seyh.. Even ramai gilak waa cakap lu orang kat McD tadi, tapi dorang masih mengekalkan sistem 'customer always comes first'!


Waa salute you babeh! *Mata bling-bling*

Nota kaki: Tak tau kejadah apakah yang berlaku tadi kat McD Sec3. Siap ada orang karoke tangkap leleh kat depan tuh. Lagi ada kanopi bagai. Kenduri kahwinkah di McD? Idea baru ni..




Sunday, November 14, 2010

dinner date

Hello.. hello....

Tadi im having wonderful dinner date ngan miss ida.
Thanks alot dear. Kitorang pergi makan kat Restoran Abe.

Lokasinya terletak kat seksyen 7, Shah Alam. Satu lorong dengan PakLi. Makanan kat situ boleh tahan laa.. Plaing penting, food cepat sampai. Hahah! Kalau dah kebulur tu, tau2 jela kan.. Konfem tak menyabar jadinya. Satu keistimewaan restoran ni, semua pekerja adalah lelaki. So, no wonderlah restorannya pun dinamakan Restoran Abe kan?.. Sesapa yang duduk kat area2 sekesyen 7 Shah Alam ni mesti pernah makan kat sini laa..


Taraaa~ Ini adalah tetamu kita pada hari ini. Si cantik manis, Ida..

Here we go. Nyum.. nyumm...

Okay... si gedik pun nak masuk jugaklaa.. Adeh! Baru perasan muka saye yang kelihatan lesu.. Aiyaak! I really need face and eye treatment lepas ni. Neeenooo.. neeeenoooooo!

Lepas makan tuh, singgah sekejap kat MyMydin. Heheh. Bukan sebab nak beli barang pun. Ida dan saye dua-dua dah nak balik ke rumah masing-masing Isnin ni. Huhu.. Actuallynya, saye nak carik kotak untuk letak buku-buku yang ntah dari semester berapa tak bawak-bawak balik lagi. Maklumlah duduk kolej kan. Mana pulak nak sumbat buku-buku tuh.

Selama ni saye tumpang barang-barang kat rumah kawan. Tapi dah naik segan pulak. Tiap-tiap cuti sem nak menumpang rumah dorang. Hehe. Berbekalkan taktik godaan hebat Ida, kitorang berjaya merembat dua biji kotak. Yaaahooo!

Taraa!
Hasil rembatan kitorang. Lepas makeup dan touchup sikit-sikit.. Aiyooo! Chuuumelnya hangpa! Tiba-tiba rasa tak sanggup nak letak buku kat dalam tuh. Hehehe. *rase nak sepuk diri sendiri sekarang!*




Thursday, November 11, 2010

7eleven

Salam lurves..

Hihi. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa 7eleven kan?
Buat part time kat 7e ke si Nadira ni??
Huhuu..

Sebenarnya nak bagitau korang semua..
Pada tanggal tujuh november tahun sembilan belas lapan puluh tujuh yang lalu, telah lahir seorang putera yang diberi nama Yussaini Mohammad Yusof.

Huh?
Siapakah beliau??
.
.
.
.
Taraa!

Awww! Awwww!! Hangatnya kamu! @__@

Venue: Sunway Pyramid
Date: 7Nov 2010

Mula-mula kan saye ingatkan nak buat surprise party untuk beliau. Kunun-kunun nak turun Alor Star nak bagi beliau terkejut beruk.. Sat lagi, last-last saye yang jadik beruk makyeh tuh. Huhu. Sekali si putera turun Shah Alam daa.. Melawat si puteri *sorry perasan sekejap* yang tengah berkerut-kerut study untuk final... Kihkih ^^


Sampai-sampai Sunway, kitorang terus je pergi beli tiket wayang. Kitorang pergi tengok cerita *tajuk apa ntah tak hengat*. Tapi before masuk wayang tu, perut dah berkriuk-kriuk minta diisi. Tak ada idea nak makan apa. Pusing-pusing la satu Sunway tu sampai lenguh. Nasib baik tak pakai heels hari tu. Kalau tak mau tercabut kaki mak!

Lepas rasa agak-agak kaki memasing dah tak larat, last-last si birthday day boy requested makan kat Carls Jr. Sebenarnya korang, that was my first experience pergi makan kat Carls Jr ni. Nak pergi order pun tak reti. Tapi yang penting buat muka konfiden kat kaunter tu kan?.. Heheh. Not bad laa food kat sana. Berbaloi duit hangpa cheq habaq mai.

Korang should try makan kat sana. Rupa-rupanya kita boleh refill air sesedap oren woo! Minum sampai kembung laa.. Tak pun, refill penuh-penuh before blah dari kedai tu. Nanti pergi jejalan ke, window shopping ke dah ada air siap-siap. Tak yah beli air baru lagi kan.. Brilliant rite this idea? Ngeheh!

Last but not least cik Nadira mau buat ucapan special sikit untuk birthday boy:

Selamat ulang tahun kamu!
Semuga berjaya capai cita-cita nak jadi fighter!!

Dan yang paling penting ni.. Make sure masuk dalam wishlist paling atas sekali tau..
Semuga cecepat kawin ngan saye *whoopsie!* :P



Tuesday, October 5, 2010

Tunggakan Raya..Raya..Rayaa..


Salam kawan-kawan..
Aiyaa~ bila saye duk belek2 kalendar, baru saye perasan yang bulan syawal akan berakhir tak lama lagi.. Tapi satu entry raya pun saye tak buat.. Harap2 masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua..

Dek kesibukan membuat assignment tak tak putus2, di samping pelbagai dugaan yang mendatang.. saye mencuri sedikit masa untuk mengupdate belog yang dah lama gila dibiarkan kesepian.. Hahah! *poyo gila ayat kan*

Okay.. okay.. dah terlari tajuk la pula kan.. Emm.. Nak cerita kat korang ni.. In my opinion la kan.. Tahun ni punya raya kurang sedikit kemeriahannya berbanding tahun2 yang sebelumnya.. mungkin sebab saye dah besar dan kurang mendapat duit raya. Justeru, saye merasakan raye kali ini kurang meriah. Hahah! *suka hati je mak nenek ni kan?*

Tak..tak.. Bukan sebab tu tau.. Tahun ini, mak lang dan mak busu tak balik kampung untuk beraya. Jadi kat rumah tu, kuranglah manusianya.. Mak busu yang baru kawin, ikut suaminya beraya di Terengganu manakala mak lang yang duduk di Perak tidak pulang beraya. Jadi tinggal kami sekeluarga dan makcik & her family. Sob3.. T_T

Wajah di pagi hari.. Tatkala tidak sempat mencolet sedikit bedak pun ke pipi gara-gara dah terlewat untuk sembahyang raya. Inner pun kemek-kemek tak sempat nak betulkan. Bukan main lagi flash.. Hahah! Nak jadi cerita, tok imam tersalah rukun sembahyang raya. Terlupa angkat takbir tak silap saya laa.. Jadi, sempat juga sembahyang raya pada tahun ini walaupun agak lewat sedikit ke masjid.. Huhuu~
Mama, ayah dan manja kat satu lagi kereta. Semua sebab pasal kunun2 nak kanvoi raya dengan famili sebelah Jasin :)
Satu keluarga bersama puan *panggilan untuk emak kepada ayah*

Jadi, tahun ini ayah, mama dan anak-anak mereka yang nakal *termasuk saye la tu* beraya kat keluarga sebelah mama di Jasin. Lepas sembahyang raya, terus je kitorang gerak ke Jasin. Kalau tak, tahun2 yang lepas.. selalunya lepas Zohor baru gerak ke Jasin. Agak2 lepas dah membantai sebatang lemang dan semangkuk rendang, kitorang pun kunun2 nak pergi beraya ke rumah saudara-mara kat belah2 Selandar.
Keluarga sebelah Jasin. Yang pakai selendang paddlepop tu mama saye. Hehe. Mama merelakan dirinya memakai selendang selepas dipujuk beberapa kali oleh si gedik, yakni saye. Terima kasih mama. LUV YOU SOOOO MUCH!!!! XOXO~
Selepas melawat kuburan di beberapa kawasan.. Kami singgah sebentar di rumah Tok Ngah. Habis sapan makanan yang ada kat rumah beliau. Masing-masing kebulur. Tanpa segan dan silu dengan muka ketebalan 18 inci sekor2.. Semua yang terhidang di atas meja, minta direfill.. Siap isi sendiri woo.. Hahah! *memang dah buat cam rumah sendiri laa masa tu*
Pada keesokkan harinya pula, keluarga belah Jasin ada la buat makan-makan sikit. Dah alang-alang berkumpul ramai-ramai tu.. Apa lagi yang boleh buat kan.. Konfem la mamam ngan seronoknya.. Hehehe.. sssluuurrrp!
Si gedik yang menyebuk kat dapur. Last-last badan penuh ngan bau asap.. Huhu~
Kanak-kanak gembira dalam cubaan mengepau mama duit raya!
Last but not least, SELAMAT HARI RAYA..
MINTA AMPUN MAAF ANDAI TERASA HATI, TERCURI PAKAI, MAKAN DAN MINUM sepanjang perkenalan kita kawan-kawan semua.. :)
Daa~

Tuesday, August 24, 2010

mcD halal dimakan!! :)

Salam kawan2..

Saye ade satu berita gembita nak share ngan kawan2 ni..

ISU McDONALD

Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

Sekian, terima kasih.

SUMBER

Yeah2~
Pasni dah boleh makan mcD tanpa ragu2 ya kawan2..

Yummy~~~

Tata!

p/s: thanx to notami for correcting me :)

Benarkah?

Salam kawan2..

Hari ni saye nak share satu lagi benda penting.. Email ni saye dapat daripada cik Nabilah juga..

Lets cekidout!!
.
.
.

"Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.

Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN

-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.



Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.


Oleh itu, kepada kawan-kawan yang baik budi..

Tolong sebar2kan kepada kawan2 kita yang lain kat luar sana…"


Copy paste gambar pun takpe..

*since saye pun buat benda yang sama*

Perbetulkan saye jika ada kesilapan..

Saye telah mnyampaikan… Segalanyaku serahkan kepada-NYA..

Mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

*sumber blog*

Monday, August 23, 2010

Wiken bersama rakan2

Salam..

Hujung minggu lepas, setelah sekian lame terperuk kat kolej ni, saye pun telah menerima ajakan kawan2 yang dirindui untuk keluar makan bersama.
Makan kat Restoran Al-Rawsha, kat area Ampang. Plannya nak gerak after terawih. Huhu~

Sorry ya kawan2. Saye lambat sampai malam tuh. -_-"

Walaupun cik nabilah ingat2 lupa jalan nak ke sana, alhamdulillah kami sampai kat sane ngan selamat dan kelaparan.

Tu diaa... Makanan kat sane banyak2 woo..
Tak terlarat nak makan sorang2.
Saye, cik murni ngan cik far kongsi makanan malam tu.
Kitorang order dua menu. Apa ntah lupe plak name die. Haha.

Selepas perut dah diisi ngan berjayanya, kitorang singgah sebentar ke Dataran Merdeka untuk sesi photoshoot! :P
Masing2 dah memang gila bergambar..
*Statement yang tak dapat dinafikan lagi..*

Sila lihat aksi kami ngan sabarnya.. :)

All girls stand out!

Photographer amatur



Oh! Maafkan aksi gedik ini T_T

Sebelum pulang, sahur jap kat Hakim.
Terima kasih kawan2 sebab ajak saye hangout skali. Luv u ol!!

~XOXO~



Tuesday, August 3, 2010

Date

Salam kawan2..

Wiken lepas lepas dah golek2 kanan..golek2 kiri.. still mood down.. Termenung mengenang naseb... Aish!!

Saye mengambil keputusan untuk membawa hati yang duka dan lara setelah dikuciwakan inchik sim berjalan2 mencari angin baru. Bukan carik boifren baru eaa... =P

Membaham due ketul Ferrero Rocher sebelum memulakan perjalanan.
* sila abaikan background yang bersepah itu -_-" *

Inilah tempat Mak Busu chantek keja. Kalau rase2 korang nak wat facial treatment, meh pakat ramai2 datang sini. Servis tip top! Bini Rosyam Noor pun penah datang sini taw. :)

Aksi2 terlarang mase menunggu si Mak Busu melayan patient beliaw.
Mase nga syok2 self-camera sensorang, terdengar plak suara lelaki.

Eh?
Bile saye usha belah kiri, saye nampak due orang mamat pun nga sengih2 tengok saye.
Mesti dorang duk pikir, "Cian budak ni..Mesti baru pat pakai henfon ade kamera"..

Hey mister! Saye memang manusia spesis macam ni.
Harap maklum. -__-"

Tengok tu! Buruk gile perangai bile makanan dah depan mate. T_T

Muke excited jumpe kek!

Agak2 jalan sampai lenguh kaki gak laa ari tu.. Thankiu Mak Busu sebab sudi membelanja saye makan di Secret Recipe. Dah la makan tak hengat dunia. Dah sampai bilik pun, perut saye ni maseh keras lagi. Rase2 cam makan untuk stok due tiga hari tu.

Tata!

p/s: Terima kasih sebab bace entry merapu ni. ^^



Wednesday, July 21, 2010

Si Gadis Penjual

Salam..

Hehe. Hari Ahad lepas saye ada satu experience best!

Teman kawan saye, cik Ida jaga gerai cousinnyer. Jual2 kerepek, jajan2, asam dan sewaktu dengannyer kat Plaza Alam Sentral. Dah lame gak saye tak berkecimpung dalam dunia jual-menjual ni.

Tengok ada bakat kan? Customer konfem beli punyer. =P

Dah la saye sampai lewat hari tu. Kesian si Ida tunggu dari pukul 11. Saye plak, pukul tiga baru sampai same. Sorry sangat2 Ida.

Hehe. Naseb baek Ida xmarah.
Siap sempat melayan saye untuk berposing lagi.
XOXO :)

Alhamdulillah. Dekat RM 400 lebih gak dapat pada hari tu. Percaye tak?? Jual2 menda2 camtu pun boleh dapat sampai empat ratus. Betul la orang2 cakap.. If nak cepat kaye buat bisness laa.. Tibe2 rase nak berhenti belajar nak buka kedai. Haha. (Statement ni kalau ayah dengar konfem, mao disekehnya saye berdas2..)

Dengan itu, saye ngan bahagianye self-camera tanpa segan dan silu.

Terasa cam nak menari dondang sayang je kat situ.
Tapi takut karang Ida malu mengaku saye ni kawan die pulak.
Hahahah!!

Tata!






Sunday, July 4, 2010

Terima kasih tuan rumah no 15 :D

Salam sayang..

Kali ni entry ni ditulis ngan keadaan mood saye yang sangat gembire. Perut dah penuh, kenyang sambil boleyh menyanyi ooh lalaaa~ Hehe. Tadi perut saye dah siap berdondang sayang woo.. Lapar sesangat ditambah lagi aroma makanan yang sedap mencucuk-cucuk bagai lembu dicucuk hidung. Makin rancak la irama dondang sayang dalam perut ni. Siap dah ada rhythm hiphop + rapping lagi. Elok2 jer lauk sedap parking depan rumah. Sape jer yang tak akan tergoda kan?..


Dengan muka ketebalan sepuluh inci, saye pun tanpa segan dan silunya telah mengajak cik rumet, si linda untuk pergi bersantap kat sana. Sebenarnyer pagi2 tadi saye ada terserempak ngan pak cik jiran dan beliaw telah mengajak warga penghuni rumah no 18 untuk pergi ke majlis perkahwinan anaknye. Mule2 kunun cam segan jer nak pergi kan. Yelaa.. Jiran depan rumah pun tak kenal. Apatah lagi saye ni sekadar penghuni tumpangan. Namun begitu, pabila aroma lauk-pauk beserta nasi yang menusuk-nusuk tak dapat saye tahan kaki saye ni daripada melangkah keluar rumah untuk pergi bersantap.

Cik Linda yang gembira melihat hasil tangkapan beliaw. =P

Haha. Dalam segan2 kitorang penuh gak pinggan sekor2 duk ambil nasi dan lauk-pauk yang sedia terhidang. Macam2 juadah yang disediakan. Ada daging masak lada hitam, kerabu mangga, ayam goreng, dalca n so forth la. Tak larat nak list kat sini. Dessert lagi. Tapi kitorang tak sempat nak rembat cendol. Mase kitorang dah bes makan, pihak catering baru je nak hidangkan. Tak pela. Nanti kite g makan kat cendul Pak Akub je cik Linda. Hehe. Jimat duet hari ini. Makan lunch free kan. Sape yang tak suke. *wink*

Pas dah kenyang2 tu, kitorang duk rehat2 jap. Pas zohor, gerak g office Teratai untuk pendaftaran kolej. Pas dah kemas2 bilik baru, maen mop2 lantai, lap2 almari, meja , rak buku dan katil.. Tengok2 je jam dah menunjukkan hampir pukul 5. Saye pun bergegas gerak balik ke rumah tumpangan. Sampai2 rumah, alangkah terkejutnya saye pabila saye tengok kat pintu gril rumah tergantung lauk-pauk beserta nasi dari rumah kenduri. Nampaknyer dinner pun makan free lagi. YEAH~ \(^v^)/

I heart weedding. Hehe. (makan sampai licin tuu..)

Muke bahagia bile dah kenyang. ^^

Pantun khas buat pengantin baru rumah no 15:

Gadis Melayu langkahnya sopan,
Diusik sang jejaka tersipu malu;
Selamat pengantin baru saye ucapkan,
Semoga berbahagia kekal bersatu.

Tata!