Tuesday, September 28, 2010

saya dah besar!

Salam sayang kawan2..

Dengan tanpa segan dan silunya.. Saye nak habaq mai kat hang pa semua ni.. Last 20 September 2010, adalah hari ulang tahun kelahiran saye yang ke -23..
Hooyeah~ \(^v^)/
Anak mama dah besar..

Sempena birthday saye yang ke-23..
Saye nak bagitau korang semua wishlists saye..
  1. Semoga saye dapat menjadi anak solehah yang taat kepada kedua mama dan ayah. Anak yang dapat berbakti dan membalas jasa kedua-duanya..
  2. Harap saye dapat menjadi seorang sahabat yang boleh bersama teman-teman tak kira susah dan senang..
  3. Semoga saye menjadi seorang yang bertambah matang dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa.
  4. Cinta saya direstui kedua-dua belah pihak dan mendapat perlidungan daripadaNYA. *gatal kejap*
  5. Saye dapat menamatkan pengajian tepat pada masa dan ketikanya dengan keputusan yang boleh untuk dibanggakan.

Apa-apapun.. terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepada hambamu ini untuk menghirup udara lagi di muka bumimu ini.

Sempena ulang tahun kelahiran saye yang ke-23, inchik boifren dengan murah hatinya telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada saye. Hahah! Macam tau2 je yang saye ni selalu terlewat ke kelas. Kira lepas ni takde alasan lagi kalau saye kata saye takde jam kan.. -_-"

Hadiah hari lahir in advanced actually.. Dari Pahang, sanggup beliau meredah lebuhraya, tol dan traffic light semata-mata untuk sampai ke bumi Melaka yang dichentai.. Ingatkan beliau hanya datang untuk beraya sahaja hari tu.

Tiba2, masa saye hantar beliau ke kereta untuk pulang.. Beliau duk korek2 dekat seat belakang. Ingatkan nak cari barang hilang la kan.. Taraaa~ Ada satu paperbag kat tangan beliau. Erk! Terkedu sekejaplah kan..

Rupa2 my birthday present...

*BTW terima kasih sangat2 cayang . lebiiuuu sooo much!*

Muka birthday girl yang dah terlebih gembira.. Dah bertambah matang kan? Dan.. bertambah besar eyebag dek tak cukup tidur.. Banyak kerja woo lately ni.. Aiyaa~ macam nak tambah wish lagi la.. Boleh kan.. kan??

Siapa2 tau macam mana nak kecikkan eyebag yang makin membulat, membesar dan merebak ni??

Oh!

Tooolooooong!!!



Monday, September 27, 2010

Yeyeah~~


Salam kawan2..

Lama dah kan saye tak update belog saye ni..
Rasa dah cam penuh ngan sesawang tak hengat je..
Maklumlah banyak sangat asemen yang dah sampai due datenya..
*selalu guna alasan yang sama*

Tapi saye sangat gembira ni..
My draft of disertation report dah selamat dihantar dan yang sudah dibetulkan bakal dipulangkan semula.. Huhu..
Tapi tak boleh la nak gembira sangat kan..
Design project tak siap2 lagi.
Group saye stuck kat material balance.
So part energy balancenya tak dapat nak dibuat dengan jayanya..
Aiyaaaa!
Ada siapa-siapa yang offer diri nak tolong tak?


Okay la.
Kena gerak dulu..
Lab dah nak tutup ni.
Tata!


~XOXO~

Sunday, September 26, 2010

Oh Tuhan..

Oh tuhan..
Inikah dugaannya pada ku??
Aku mohon padamu ya Allah..
Tabahkanlah hatiku yang kecil ini..
Jauhkanlah hati ini daripada hasad dengki sesama manusia..
Jauhkanlah perasaan benci kepada sesiapa pun.
Sesungguhnya hambamu ini terlalu naif dan sering alpa kepadamu ya Allah..
Ampunkan dosa-dosaku yang tidak terhitung banyaknya..
Teman...
Maafkan ku....
Andai aku terlalu banyak mencederakan hatimu..
Seringkali mengecewakan perasaanmu..
Aku lupa bahawa aku tidak boleh hidup seorang diri..
Sunyi tanpa kasih sayangmu..
Oh tuhan..
Kurniakanlah aku sahabat yang sejati..
Sahabat susah dan senang..
Andai kata sampai di sini sahaja jodoh kita..
Aku mohon ampun dan maaf darimu..
Semoga dirimu sentiasa diberkati tuhan..
Amin.

Wednesday, September 8, 2010

Ooh!

Salam kawan2..

Wishing u guys early happy eidulfitri wishes.. :)

Lame dah xupdate citer.. Almaklumlah duk kejar dateline asemen yang berlambak2 tuh.. Ada gak yang belum dihantar sebenarnya tapi dengan selamba badak jer saye caucincau pulang untuk berhari raya.. Hahah..
*u always like dat! marah diri sendiri. dush3!*

Nak dijadikan cerita.. setelah dua tahun tak membantu mama di dapur untuk membuat kueh raya.. Tahun ni dengan bergayanya saye membantu mama. Tahun lepas xsempat nak tolong. Bukan sebab saye malas atau berat bun**t okee.. Balik pun a day before raya. So konfem2 kueh raya, kek sume siap dah. Tinggal nak isi dalam balang dan juga ke dalam perut yang berkeroncong ni. Hehe.

Ok..ok..back to the story.. Emm.. Cam bese la kan.. Mama akan takes role as the main chef kat dapur tu.. Saye plak pegang part design2 ni.. gentel2.. letak choc chip ker.. choc rice ker.. put some cherries and so forth laa kan.. Our first kueh raya for tahun ni named as "Royal Chocolate". Haha. Nama nak gempak.. Sedap seyh kueh ni.. Tak tipu woo~

Pas dah letak choc rice kat atas kueh tu.. first batch pun dimasukkan ke dalam oven ngan bergayanya.. Sebab buat malam kan.. kaler pun itam2 manis gitu.. cheq pun xpasan la dah masak pun belum. Resipi plak kate masuk hingga masak. Adeh~ Saye ni dah le amatur kan.. Mama plak minta saye incharge bahgian oven plak. konfiden plak tu.. After 15 min saye kate belum masak lagi kut.. Pan itam.. Kueh itam.. Tambah buat waktu malam lagi.. Saye si rabun ayam ni memang xperasan la yang sebenarnya..
.
.
.
.
.
.

Aiyoo maa appa elek..
Kuehku dah hangus terbakaw rupa-rupanya..
Maafkan saye mama T_T

Batch pas tu, mau gak dua tiga kali gak laa cek dah masak ke belum cik "Royale" saye tuh. Huhu.

Sempat gak saye sebat 4,5 ketul masuk dalam perut pastu.
Ngeheh.. :P

K laa.. Nak sambung tolong mama buat kueh raya lagi.

Tata!