Thursday, January 6, 2011

adeh -__-"

Salam guys!

Huhu~ Tajuk hari ni memang tak boleh bla!
Walaupun belum sampai seminggu sem baru bermula, saye dah membelanjakan lebih daripada rm100! Ni semua sebab penangan ada sales kat Dataran Cendekia tu. Oh man! Ada gak yang kena ikat perut sementara nak tunggu duit pinjaman masuk nanti. T____T

Memang rambang mata lah bila lalu kat tepi tu. Rasa cam nak amik kain tutup mata ni dan jalan pakai tongkat ala-ala apek dalam cerita Ali Baba tuh. "Lompat apek lompat!"

Wooo! Memang tak boleh berkelip mata tengok selendang chantek-chantek jual kat sana.

*Haha! Kantoi katil tak bape nak tegang.*

Hasil tangkapan 2 hari. Tudung instant tu sebenarnya bukan untuk diri sendiri pun. Saye belikan untuk mama sempena birthday beliau yang ke-50. Jubli Perak tuh!

Hehe! Yang ni pulak hasil tangkapan selama setahun ni. Hanger tuh je baru beli tadi. Hah! Tipu giler lah kalau saye tak beli pape untuk diri sendiri kan. Tadi sempat jugak rembat satu selendang kaler coklat. Ehe~

Emm.. Satu lagi.. Dengan tak semena-mena saye telah dilantik sebagai vice secretary untuk subjek CPE692- Future Trends for Petrochemicals Industries.

Saye kena handle tang minit mesyuarat dan report-report ni. Aiyak! Boleh jadik kerepot gwe! Subjek ni actually takde final exam. So, saye kena dengan beria-rianyalah menjalankan tugas dengan berwibawa kalau nak score A++ dalam subjek ni. Dah lah 3 jam kredit woo!! *___*

Dengar kata, kami akan pergi melawat Petronas Penapisan Kerteh dan satu lagi company based on petrochemicals product.

Haha! Tengok muka adik! Dia pun macam tak percaya yang kakak dia boleh jalankan tugas secretary dengan jayanya! Bedebah betul!

Nota kaki: Doakan saye supaya DL semester akhir ni ya!



0 orang joyah: